Sebenarnya, bila?

Saya tertunggu-tunggu malam ini!

Semua umat di rumah BC tertunggu-tunggu malam ini?

Ada apa malam ini?

Oh , kami nak ke MITC,

Ada apa di sana?

Showcase SDSI - Satu Daerah Satu Industri 2010 "Dari Malaysia ke persada Dunia'
Memang acara tahunan di Melaka. Oh, yang menjadi tarikan kami (yang selalu makan di luar) ialah nak merasa makanan negeri-negeri yang mengambil bahagian. Nak rasa Puding Raja Pekan, Pahang, Laksam, Laksa Kedah, Roti Bom Perlis, Rendang Tok Perak, Sate Kajang, Nasi kerabu, Nasi Dagang..oh yummy.yummy...yang lain-lain...seperti kraftangan, kuih muih...'look-look only'.Mungkin kerepek boleh agaknya (hantu kerepek ada di rumah ini!)

Banner yang sudah dipasang pada tiang-tiang lampu sekitar bandar Melaka tercatat SDSI 2010 ialah dari 3 Dis - 5 Dis 2010.

Seperti biasa, saya mesti buat survey dulu kat website SDSI, nak tengok 'overall picture'..apa yang ada.

Eh, kenapa pula tarikh yang terdapat pada website lain daripada di banner?

Tercatat pada website,10 - 12 Disember 2010....biar betul urusetia...mana satu yang betul ni???

Tak salahkan kalau pergi juga....

Sonata, Tasek...kalau ternampak, terserempak  akak...dan perasan 'eh, tu macam kenal aje' tegur okey, jangan tak tegur!

Tapi bila tarikhnya???

8 comments:

  1. kak, kalau ikut banner kat MITC ni 10-12 hb. mungkin betul sbb kat sini macam tak de apa2 persiapan pun...



    .

    ReplyDelete
  2. Ye, ke, tasek? Thank you so much for the info. Mungkin juga sebab MAHA still on, mana boleh clash programme kan? So next weekend aje lah kita ke SDSI.

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora
    Tak ke MAHA ke? Lagi banyak benda nak rasa, tengok & beli. Seronok tengok haiwan ternakan & macam2 pokok. Pavilion Negeri Melaka pun ada. Kalau ke SDSI nanti muat ke 'tempat', nak rasa begitu banyak makanan? Hihihi. Kena bawa kampit besarlah nampaknya utk beli & bawa balik sesetengah makanan.

    ReplyDelete
  4. kpah yang duk bangi ni pun tak ke maha lagi. tak tahan dengan jem...

    ReplyDelete
  5. Salam Temuk,
    Tak pergilah. malas..jem..hujan..lecak, panas...penat,parking...jauh. Alasan cuma. Kalau SDSI, sejuk..Ada sekali semasa showcase SDSI setiap hari saya ke sana sebab utama nak rasa plbagai makanan negeri. Selamat berhujung minggu!

    ReplyDelete
  6. Salam hajah kakpah,
    Saya cuma baca pengalaman bloggers yang telah ke MAHA dan dari media.

    ReplyDelete
  7. Salam KAK NORA..

    Wahhh mesti best dan meriah tu kan?

    ReplyDelete
  8. Salam Azie,
    Kalau ada masa lapang datanglah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.