Betuk

Di rumah BC ada sebuah perigi, Bukan Perigi Puteri Hang Li Poh , ye.

Perigi ini di gali pada satu masa  bila Melaka mengalami musim kemarau.
Bila keadaan sudah pulih semula, kami tidak pula menutup perigi ini. Mungkin ada gunanya satu masa nanti.
Airnya boleh digunakan lagi jika dijaga.
Dalam projek landscaping semula laman BC, perigi bersejarah ini akan menerima wajah baru.
Tapi adakah jentik-jentik nyamuk dalam perigi ini?
Ikut nasihat pegawai kesihatan, betuk boleh bantu.
(saya tak tahu nama lain betuk ialah puyu ).
Jadi...
Dak Iddin ikut mummy dan daddy ke pasar dan bawa balik,,.
Nek Lang..look here..tapi cukup kah tiga ekor tu. nek lang?
Lalu Iddin diberi penghormatan ....
.Ada empat tangan? 
Eh, mana ikan??....tak nampak pun??

Terpaksalah Iddin nyanyi lagu supaya si betuk akan timbul
imej betuk dari flickr
 Ikan betuk di tengah sawah,
Ikan puyu di rawa-rawa.
Ikan pesan Datuk Hang Tuah,
Tidak Melayu hilang di dunia.
Amboi, amboi, amboi, amboi,
Amboi, amboi, amboi, amboi.

P.S. Pernah makan Acar Ikan Betuk? Sedap ke?

14 comments:

  1. saya tau lagu ikan Kaloi, Alang....

    orang melaka suka sangat pakai perkataan Dak ni..dak iddin, dak izah hehehe

    ReplyDelete
  2. laa sori laaa...umi hazira ni anak saya....silap tekan macam mamason

    ReplyDelete
  3. haah.. bela ikan. nanti ikan tu makan jentik2. lepas tu kita makan ikan tu pulak hiiii...

    ReplyDelete
  4. Zah,
    Silap sikit aje. Saya juga begitu sebab pengguna terdahulu tak sign out. Typical orang melaka.

    ReplyDelete
  5. Salah hajah,
    Itu baru jentik-jentik. What about yang lain? Memang makanan aku.

    ReplyDelete
  6. kat kolam kecik saya ada ikan betuk ni....

    ReplyDelete
  7. Sonata,
    Betuk ikan 'kampung', maintenance pun tak tinggi macam si KOI

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Nora,

    Saya hanya tahu ikan puyu, tak tahu pulak dia ada nama lain. Katanya puyu ni elok di pelihara di rumah, kononnya, hantu syaitan takut ( tak tahu le sapa yang kata?)Tapi, puyu ni bahaya jugak suka melompat-lompat...

    ReplyDelete
  9. Dah tasek,malam tadi.First-first tuju dewan makan.

    ReplyDelete
  10. Salam Hjh Nora
    Saya kurang pasti: (1) Nyamuk berani bertelur di dalam perigi sebesar dan sedalam itu, dan (2) Betuk seronok di dalam kolam konkrit begitu, yang jika berjentik-jentik pun, mungkin amat sedikit bilangannya. Tak mengapalah, asal Iddin happy, kan?

    ReplyDelete
  11. Salam Temuk,
    Mungkin si betuk rasa lain macam aje berada di 'rumah' konkrit. Perigi dah lama tak dicuci, airnya pun entah-entah beracun. Tak nampak pun betuk!Harap-harap tak ade nyamuk sebab nyamuk aedes suka air bersih.

    ReplyDelete
  12. acar ikan betuk kak? Oo...camno la raso eh tuh...akak penah makan ke?
    bebetul tk penah dgr nih.

    Dapat mandi air perigi, fuuuuhh..sejuk dan segar badannn....tpi nnt, ceduk2 airnya, kok yg naik, si ikan betuk....!!! camno kak????

    ReplyDelete
  13. Salam Acik,
    Akak pernah dengar menu kampung ini. Akak juga pernah terbaca resepi dalam buku resepi. Tapi akak tak pernah rasa. Mungkin sedap dengan rasa masam, manis, pedasnya. Kalau terceduk ikan betuk, ku buat ikan pekasam pulak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.