Suka jeling-jeling kelengkapan taman.
Suka belek-belek peralatan perkebunan.
Kagumi kesuburan bunga-bunga dan kehijauan pokok-pokok.
Di tanam oleh pembantu 'Oh Fatimah', Thamby dan Ah Fok,
Jom, tengok-tengok dan cuci mata ,
Moh, ikut saya lihat-lihat aje.
Sudah lama saya mencari,
periuk kera, pokok unik!
Assallamualaikum Kak Nora,
ReplyDeleteMama nadz pun tersangat suka kalau dapat berjeling-jeling di nurseri yang pokok-pokok bunganya segar-segar begitu..
(Kak Nora : Mama Nadz nak tanya sikit..Tahun 1977/1978 Kak Nora pensyarah kat MPPM , Melaka...kan?. masa tu mama nadz kat situ juga belajar nak jadi cikgu..Pensyarah kelas saya En Hanopiah Puteh.
Selamat Menyambut Tahun 2011.
Kampung ayah saya kat Semabok, kak - rumah S. Rohani
ReplyDeletemenarik..memang menarik kak...leka klu nengok pokok2 nih...
ReplyDeletecantik ! suka tengok aje...tanam tak mahir!
ReplyDeleteSalam nadz,
ReplyDeleteBetul tu, saya di MPPM masa itu, 77-82.Cg Hanapiah saya kenal sangat. Lama dah tu kan? MPPM sudah berubah wajah. Datanglah tengok-tengok.Terima kasih kerana ingat saya. Mengajar di mana sekarang? Salam dan Selamat Tahun Baru.
Salam Aida,
ReplyDeleteS Rohani penyanyi "Aku tak mau dimadu'kan? Kenal-kenal gitu dia tu. Singgahlah ke rumah saya kalau ke Melaka. Ada masa saya di Kuantan. Selamat Tahun Baru.Kaki dah okey?
Salam Acik.
ReplyDeleteAkak memang minat bunga dan tanaman. Tapi kena rajin. Selalu beli dari nurseri. Mula-mula okey..lama-lama tinggal daun atau pasu aje! Banyak belanja pun!
Acik,
ReplyDeleteTerlupa...Selamat Tahun Baru 2011. Apa azam baru?
Sonata,
ReplyDeleteTanam pokok-pokok kena banyak sabar dan rajin. Bila ke nurseri, ada yang berkenan tapi akak selalu pilih yang mudah jaga. Di sekolah Sonata tentu ada projek keceriaan sekolah kan? Perlu ada cg dan tukang kebun yang minat. Pengetua pun kena minat. Semoga 2011 membawa kecemerlangan kepada sekolah Sonata.
salam ziarah
ReplyDeletekita pon suke jamu mata kat nurseri
hari ahad ni nak cari bunga ros pink (^_^) ~
Salam manje,
ReplyDeleteYe ke? Akak suka juga bunga ros.Selamat Tahun Baru.Dapatlah jumpa bunga ros yang pink tu nanti ye!
Salam Hjh Nora
ReplyDeleteTak boleh ketinggalan nak komen kecantikan periuk kera dari nurseri tu! Tak susah-susah nak marahlah kat pokok tu, macam yg saya buat, sebab masing-masing sudah pun berperiuk. Cabarannya kini? Utk menjadikan pokok-pokok itu berperiuk dengan banyak + berbunga, dan juga utk membiakkannya!
Selamat Tahun Baru, 2011!
Salam Temuk,
ReplyDeleteDapat yang dah ready, sediakan ongkos saje. Sekarang kena belai-belai si periuk kera supaya kekal dan subur di tangan saya. Susah juga cabarannya, ye?
Selamat Tahun Baru 2011. Semoga berbahagia jua.