Semalam, hari Isnin, kami ke Bemban, Jasin.
Budak-budak mula boring. Mummy n daddy tiada berkesempatan bawa mereka 'makan angin'
So ke Bemban, jadilah..
Apa pula ada di Bemban? Layari ajelah imej-imej ini..
Budak-budak seronok mandimanda.
Makcik, pakcik sedap rendam kaki.(kulit ada kuman gatal lah tu)
Yours truly? Sedap baring atas bangku panjang (sori, no picture please), tak kisah orang lalu lalang.
Nak rendam kaki dalam kolam air panas tu?
Tak naklah...bila fikir-fikirkan.... kolam itu public sharing..
Manalah tau kuman daripada kulit-kulit gatal berenang-renang lalu singgah pula kat kaki kita!!
Lagi pula saya lihat air tak berapa bersih. Masalah 'maintenance'.
Patutnya hari Isnin, buatlah 'housekeeping'
Tetapi bagi yang berminat dan ingin tahu, silahlah ke Hot Spring Bemban...bawalah makanan,makan-makan tepi kolam!
Salam kak. Saya pun belum pernah pergi Hot springs kat Bemban tu walaupun saya org Kesang. Nantilah satu hari nanti nak juga pergi
ReplyDeletesaya mandi air panas cuma kat hotel saja...hahahha
ReplyDeleteHmm... baru terfikir juga andai saya berhajat nak rendam kaki di air nan suam, harus fikir tentang “sharing” tu kan? Nanti tak pasal-pasal kaki gebu kita lak dapat kuman, ye tak?
ReplyDeletehehehhehe
Assallamualaikum kak Nora,
ReplyDeleteKalau maintenancenya bagus, seronok juga merendam kaki yang telah keletihan setahun hijrah ni...
Sebagai orang utara , kalau ke daerah sana nak juga mama nadz jengok2 tempat yang bernama Bemban tu..
Aida,
ReplyDeleteKesang tak jauh dari Bemban kan? Seronok juga berendam. Ada kolam khas berkepung untuk wanita.
Ha, sekarang cuba mandi di kolam air panas pula. Ezza boleh beriadah di tempat ini bila kunjung ke Jasin nanti.
ReplyDeleteAzie,
ReplyDeleteMungkin kuman tu mati dalam air panas, tak sempat nak merayau ke kaki lain. Atapun ia pilih-pilih kaki.
Nadz,
ReplyDeleteThat's good.Satu lagi hot spring di Melaka ialah di Gadek, Alor Gajah. Elok pergi waktu pagi la;au nak berendam dalam air panas.
nak kata dekat tu tak lah sangat...tapi boleh pergi lah tak sampai setengah jam pun....ni yang jadi masalah....tempat sendiri pun tak pernah sampai lagik....kolam air panas Firaun dah sampai!
ReplyDeletehi Sonata,
ReplyDeleteSelalu macam itulah...tak pe nanti ada masa lapang pergilah tapi jangan cemuh pula yang tempatan ye.
kak hajah nora..
ReplyDeletemasa saya masih tinggal di melaka, kami sanggup ke Pedas untuk bawa anak2 mandi di kolam air panasnya... rupanya di jasin pun ada....
nanti boleh cuba.. terima kaseh kongsi info...
Hajah,
ReplyDeleteDi Bemban, Jasin ada. Di Gadek, Alor Gajah pun ada.Dulu seminggu sekali saya mesti ke Gadek Sekarang, malas.