Pagi Sabtu

Sabtu. Suasana di rumah BC sunyi sepi (masa buat entry ini, TV on tapi mata tempat lain, kat keyboard. Cuma nakkan 'suara'). Amal, Iddin dan kak Iman di rumah PT, tak datang.  Aishah, Jannah dan Johan, member masing-masing pun tak datang bertandang meriuhkan lagi rumah BC (walaupun Amal dah buat appoinment dengan Aishah nak jumpa pagi ini). Kalau tidak, puas dengar suara mereka...kejap ketawa, kejap bergaduh, kejap terjerit....kejap ke rumah Aishah, kejap ke rumah Jannah, kejap ke rumah Johan. Main? Oh macam-macam mereka main (atas 'bimbingan guru PJK..Nek Lang). 'Guru PJK' tunjuk ajar cara main 'skipping rope', hantu galah/galah panjang, bola beracun, musang dengan anak ayam, pukul berapa datok harimau, 'AEIOU', tuala beracun, "Johan' tengok nenek aku buat" (lompat tali skipping)' Iddin 'act' pada Johan kebolehan nenek dia.  Kalau tak cukup korum, ajak pula saya main bersama.' Eh tak boleh, nek Lang puasa' alasan saya. Dengan berlompat dan lari, taklah  mereka hadap TV 24 jam. Sesungguhnya dataran BC yang di'upgrade' memang digunakan sepenuhnya. Ada kala, yang  perempuan  main solek-solek (make up) dan inai jari (nek Ngah bawa balik dari Mekah). Yang lelaki pula main kereta remote, bola.  Makan dan minum? Tanggung beres.. Layan.....siaplah nak telur dadarlah, air siraplah, teh oh ais. Pandai pula si Johan ,"Telur dadar nek Lang sedaap!" Enjoy betul dia orang makan. Ada juga  kelas agama. Nek Ngah bimbing dia orang mengaji.

Musang dan anak ayam
Gambar dari  Ceritalah Nek Ngah

Hari ini, Sabtu...sunyi. Nek Lang rihat. Ke mana pagi Sabtu tadi?
Ke T*sco .Belanja beli keperluan dapur (bukan bahan untuk masak) tapi tambahan bahan-bahan kering. Sebelum tu siap dulu shopping list, khuatir tersasar belanja.
On the way ke parkir, singgah pula di Kl**ng Station, kopitiam yang famous dengan kopinya tu!First time singgah walaupun dah beribu kali lalu di sini.  Selalu bila saya lalu lintas kopitiam ini, mata terjeling roti bakar. kata orang roti kahwin (kaya kahwin marjerin). Jadi pagi ini, singgah, kakak nak belanja. Kami  dah lama tak minum kopi, dah lama tak jamah roti kahwin, jadi kalau dah singgah di station ini, mestilah order kopi dan roti bakar. Apa rasa kopi dia ....PAHIT nya (kata orang melaka..pahit nak mampus!!). Agaknya ini rasa kopi 'kaw-kaw' punya, jenama Kl**ng Station. Roti kahwinnya  sedap..rangup dan terasa lemak manisnya. Padanlah tu kan..pahit, lemak, manis....
Lunch nanti di mana?
Kakak cadang restoren Ayam P*nyek..ada pecal.
Esok..breakfast?...dah ada program.
Semuanya di T*sco...

Terdengar 'Amal...Amal...' dari rumah jiran. Suara Jannah. Sorry, Amal tak datang hari in, Jannah!!
Kecewa si Jannah.
Agaknya dak Aishah pun terjenguk kat tingkap...mana Amal? Janji pukul sembilan!
Amal (kanan) dan Aishah promosi kain siapa tu?

2 comments:

  1. salam,

    bukan takat telur dadar je nek lang...
    yang len tupun sodap!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.