Selamatkan

Pernah saya cerita gerak gempur in di BS Kuantan
Kali ini di BC.

Satu petang,
hampir senja,
mereka  datang, lengkap 
ber 'ear plug', berkasut 'boot'
ada senapang panjang lagi!!
Dak Iddin dah ready tutup hidung...
Oh, kak skuad pejabat kesihatan yang pegang senapang ni
sedang operasi anti nyamuk aedes.
Jiran  belakang rumah, kena denggi.
Maka berlakulah operasi tembak nyamuk aedes
 sekitar kawasan rumah, semua rumah yang bersebelahan dengan rumah jiran
Yang hampir sekal,rumah BC.
Gem.....purrrrrrr,.....hssssshhhhh
Berkepul-kepul asap kelabu hitam keluar dari muncung senapang,
Dak Iddin tutup hidung, asap bau busuk!!!
Kak, dalam rumah boleh tembak tak?
Go ahead adik, kasi gempur semua...
sebelum ini banyak juga nyamuk 'berdondang sayang' waktu malam
adik datang boleh redakan keadaan.
 Nah makck baca flyer ini, jangan tak baca
ikut nasihat, jangan malas,
kalau sakit...siapa yang susah????
Faham-fahamlah siapa ye....

Pagi tadi pakcik skuad datang lagi,
'Ada sesiapa sakit? Kalau demam cepat-cepat le ke klinik,
sekarang musim demam.'
Dia hulur flyer lagi dan sepaket Abate
(Hak kerajaan bukan untuk jualan)
Abate ubat nyamuk jejentik yang sakit menggila
En, .tanya saya., air perigi macam mana
(sebab dalam flyer tak tercatat pasal air perigi)
Tak cukup satu paket
Oh taruk ikan betuk!  katanya
(ikan koi tak boleh ke?)
Dah lama saya nak bela ikan betuk.
Esok pergi cari di pasar,

Flyer di tampal pada pintu fridge, dah baca belum ??


Akhir kata,
Salam Maal Hijrah ucapan untuk semua
Selamat Tinggal 1431H
Selamat Datang 1432H
Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari-hari berlalu
Ya Allah,
Selamatkan. Selamatkan, Selamatkan.....

6 comments:

  1. kak nora. kerusi merah tu baru beli ke. plastik belum buang lagi hehehe..

    ReplyDelete
  2. Obvi...masih baru, plastik tak buka sebab kucing tanpa izin suka landing atas kerusi waktu malam. Khuatir mereka terkucil. Hajah, silalah ke rumah kalau ke bandar melaka.

    ReplyDelete
  3. Betul lah, biarlah depa sembur segala ceruk.Pengalaman saya kena denggi sampai duk wad 5 hari, sungguh menakutkan....

    ReplyDelete
  4. Ye ke Azie. Alhamdulillah Azie dah sembuh.

    ReplyDelete
  5. Salam Tahun Baru 1432H
    Kata kawan, kena serang nyamuk dari banyak sudut. Cara sembur kimia (tak menyelesakan!) tu gomen kena tunjuk + buat. Kat rumah bolehlah usaha guna abate + perangkap nyamuk (yg guna cahaya) yg rasanya berkesan juga. Kita tunggu cerita projek kaedah biologi gomen - mandulkan nyamuk. Tapi kawasan berair di luar, di sekitar negara, sangat banyak & tak mampu dipantau, terutama kawasan pembinaan bangunan.

    ReplyDelete
  6. Salam Maal Hijrah Temuk,
    Terima kasih atas strategi lawan nyamuk.Masalah nyamuk tak sudah-sudah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.