Tercicir

Nak cerita pasal budak sorang ni. Anak jiran belakang rumah. Kawan Amal, sama baya.  Jannah, nama dia. Sebenarnya, namanya panjang. Kesihan  dia. Sepatutnya masuk sekolah pada umur 7 tahun kan? Tapi dak Jannah, tahun 2010 baru masuk sekolah...terus ke Tahun 4, ikut umur persekolahan. Tahun 2011, Tahun 5. Jannah pelajar 'tercicir'. Tercicir  Tahun 1,2 dam 3. Bayangkan dia tak ada basic 3M (mengira, membaca, menulis), bayangkan dia dalam kelas. Agaknya melopong dengar cikgu mengajar, nak pula Science , Maths di dalam BI. Ikut ajelah. Cikgu pun tentu buat don't know. Tapi kata dia, dia masuk kelas pemulihan.Jadi mulai minggu lalu, saya bimbing Jannah membaca mengguna buku bacaan yang paling mudah. Dia kenal abjad. Tiada masalah. Perkataan-perkataan dua sukukata, dia boleh sebut. tapi kadang-kadang teka aje. Kalau dah tiga sukukata....problem. Misalnya, belalai dengan berbalah. Dia mudah lupa, masalah fokus. 'Belalai' sebutnya 'bealai' 'berbalah...beralah. 'cempedak...cepedak''Rosli'..Rosali' (dia ingat nama penyanyi 'Rossa).Tetapi dia mau mencuba. Tak taulah saya, masa depan budak ini..tiada motivasi persekitaran. Itu pun saya selalu yang 'tarik' dia, ajak dia buat latihan membaca bila saya nampak dia asyik bermain dengan geng budak bukit cina.Ada reward lagi saya beri setiap habis sesi membaca. Toffee dari Mekah. Macam paksa tapi kalau paksa, minat dan dorongan tak ada, macam mana ye? Kami cuma nak menolong. Ada sesiapa nak bantuan saya?
Iqraq....eja dan sebut Ustazah kadang-kadang tak sabar juga.

Kalau tak dapat sebut, eja, jangan teka!

Saya: Ada awak beritahu mak nek lang ajar awak membaca?
Jannah: Ada
Saya: Mak kata apa?
Jannah : Ah, Ah
Saya: Ada awak cakap kat mak nek ngah ajar mengaji?
Jannah: Ada.
Saya: Apa kata mak?
Jannah : Mak angguk angguk.
Saya: Itu aje? (sigh)
Jannah: (Senyum)

12 comments:

  1. kesian budak ni. persekitaran yang menyebabkan dia begitu?

    ReplyDelete
  2. Sayang sekali...

    kenapa ibubapa? kenapa dengan mereka? kenapa keluarganya?

    ReplyDelete
  3. kesian Jannah, pasal orang tua, dia jadi mangsa...
    tapi ada ramai lagi budak2 yang bersekolah tapi masihbuta huruf ....tu salah siapa tu....

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Mungkin keluarga tak pentingkan pelajaran, kesian anak-anak.

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,
    Cuma mata memandang, telinga mendengar, mulut baik tutup. Kita hanya mahu membantu.

    ReplyDelete
  6. Ezza,
    Mungkin masalah kesihatan, mungkin pemakanan, mungkin persekitaran, tetapi boleh dibimbing dengan kemahuan dan kesabaran. Ada murid-murid 'slow developer' tapi bila dah dewasa..cerdik pulak!

    ReplyDelete
  7. salam kak hajah nora..
    sekali cikgu..selma-lamanya tetap cikgu...
    Alhamdulillah... ada rasa perihatin nak membantu Jannah..
    Kesian Jannah menjadi mangsa orangtua.. mujurlah ada jiran dan cikgu yang sudi meluangkan masa mengajar Jannah mengenal huruf...

    ReplyDelete
  8. Salam hajah Rahmah,
    Cuma tidak mau lihat dia ketinggalan.

    ReplyDelete
  9. biasa begini la...anak jadi mangsa - mak kat salah bapak - bapak kata salah mak...semoga dengan usaha kak - budak tu boleh belajar . Allah swt yang membalas jasa kak ni.

    ReplyDelete
  10. Sonata,
    Cuma nak bantu, kesian dia, tapi hari ini semalam tak nampak muka pun! kalau di sekolah cikgu ada pelajar belum kuasai kemahiran membaca, contactlah saya.Manalah tau saya boleh bantu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.