Terang

Mereka pacak tiang lampu jalan yang tinggi di tepi jalan hampir  pintu pagar rumah BC. Gembiranya rasa hati...teranglah pintu gate rumah malam ini. Petang tu ..hampa...kulihat tak ada pun dipasang lampu pada tiang yang tinggi itu. Kecewanya..hmmp..gelaplah nampaknya. Tengok rumah-rumah di sebelah, mengapa ada lampu jalan menerangi kawasan rumah? Jadi terdirilah (yang aku gelarkan 'Tiang menara taming sari" )betubetul di tepi pagar utama. kan elok jikah ada lampu???
Kakak mohon dipasang lampu. Kakak  isi borang dan dapatkan tanda tangan JKK.
Apa jawab mereka?

"maaf, kak, kita tak pasang lampu kampung lagi.Dulu ada tetapi sekarang tak lagi.'

Tak pe, tak pe...maka terdirilah dengan megahnya tiang menara. Mohon doa selamatkanlah daripada kemalangan..janganlah tumbang tiang seri ini!.

Itu kisah sebulan yang lalu,

Seminggu yang lepas aku lihat 'truck' T*N  di tepi jalan depan rumah. Apa hal pulak?

Aku hampiri adik-adik pekerja. .Rupanya mereka nak pasang lampu jalan pada 'tiang menara taming sari'

Oh jiwa kanak-kanak dalam diri ini punya lah suka, gembira. Syukur. Teranglah nanti pintu pagar utama rumah BC. Kakak belum tengok lagi. Tentu kakak gembira juga.

Agaknya beginilah perasaan mereka yang baru dapat bekalan letrik...

Hilang gelap, timbul terang

12 comments:

  1. Salam kak Nora
    Alhamdulillah penantian berakhir juga kan..

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora...
    mcm nilah jugak rasanya mereka yg baru merasa guna elektrik dikampong mereka.... bertambah2 gembiranya kot....

    ReplyDelete
  3. doa angah dimakbulkan Allah...itulah kelebihan tetamu Allah...

    ReplyDelete
  4. alang,
    dah terang2 ni senang lah cari rumah alang nanti masa tengah bulan ni....saya akan ke melaka 19 dec ni sebab anak buah aziz yang bertugas di Balai polis jasin bertunang...kalau sempat saya singgah yaa....

    Wednesday, December 01, 2010

    ReplyDelete
  5. Salam Ida,
    Suka sangat walaupun tak menghadap laman rumah.

    ReplyDelete
  6. Salam hajah rahmah,
    Gembira sangat-sangat bila kampung ada lampu jalan.

    ReplyDelete
  7. Salam Ummi,
    Aameen, Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  8. Salam Ezzah,
    Jangan dah terang lagi bersuluh pula! Jangan buat surprise macam dulu okey!

    ReplyDelete
  9. memang terang. jimat letrik sendiri hehe..

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Alhamdulillah. akhirnya....terang juga dunia ya


    Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

    ReplyDelete
  11. Anyss,
    Begitulah kira-kira, dah lama menunggu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.