Sayur

Pagi Ahad beli sayur yang difikir favourite di rumah BC dan masakan favourite umat BC

Kacang panjang...untuk masak lemak kacang panjang
Kobis...untuk gulai kobis. sebagai perencah nasi goreng, goreng dengan telur pecah
Asparagus....untuk goreng belacan bersama udang, dan ...
Yang ini sayurnya saya biasa lihat tetapi di luar paket tertulis" Baby China Zhong Cheng"....goreng atau gulai putih.

Hari Isnin, asparagus goreng belacan bersama udang. Asparagus kurus, slim....



Hari Selasa, untuk makan tengahari, nak masak sayur  'zhong cheng'.Puas saya cari di yahoo apa dia 'zhong cheng' dalam BM. Sayur nya familiar tapi apa nama lokalnya? Saya tahu ia sejenis sawi. Tapi sawi apa? Nama sebenar tak  muncul-muncul dalam otak ini. Amal nampak paket sayur baby ini. Kata Amal"Oh , baby sawi. Kak Iman suka baby sawi" Barulah klik in my mind "Baby sawi". Lega!!! Tanya Iman "Iman suka baby sawi masak apa?" "Goreng belacan" . Saya suka masak kalau ada orang suka masakan itu. Lalu dapatlah 'Baby Sawi Goreng belacan" sebagai satu menu makan tengahari. . Belacan lagi....

Cara masaknya: Terlebih dahulu hiris bawang merah, bawang besar (hiris kasar), ketuk bawang putih, hiris cili hidup, hiris halia, ketuk-ketuk ikan bilis. Sukatan ikut suka. Saya agak-agak aje. Setelah baby sawi dibersihkan, celur dalam air mendidih. Setelah ia lembut, toskan dan susun kemas dalam pinggan (elok yang panjang. Tumis pula bahan-bahan perencah tadi. Bila dah naik baunya,  masukkan sesudu cili giling dan belacan, gaul rata. Masukkan  sos tiram. Gaul rata. Masukkan pula kicap lemak manis. Tambah air sikit. Rasa masin atau tawar. Dah masak, puas hati.......siram  bahan masak ke atas susunan baby sawi.
'Sedap" kata Amal (yang tak suka sayur)..buat lagi'
'Sedap' kata Iman dan Nek Ngah.
Thank you, thank you...
Suka kalau ada yang suka,
..
Esok, masak sayur apa pula?

8 comments:

  1. Salam Kak Nora,

    Saya pun macam Kak juga, kalau ada orang nak makan, rajin le saya masak. Tapi kalau memasak untuk kawan-kawan tu....adui!!! risau le jugak takut tak menjadi, buat malu kompeni je....

    ReplyDelete
  2. masak sayur tauge....taruk tauhu ..best nya...my feberet!

    ReplyDelete
  3. Ada udang, ada daun kucai....sedapkan?

    ReplyDelete
  4. buat salad makan raw lagi senang haha.. tak payah masak. Ni penyakit orang malas.

    ReplyDelete
  5. Hajah,
    Salad raw tak main di rumah ni. Pecal, rojak okey lagi.

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Nora,

    Kalau kakak sayur baby sawi tu macam tak cukup makan dua orang. Liaht gambar dah tak tahan. Sedapnya....

    ReplyDelete
  7. Salamkakzakie,
    Baby Sawi 200gm, cukup-cukup makan untuk kami.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.