Tanaman

Mood nak cerita tentang tanaman pula.
 Tanaman yang ada di belakang rumah BC, di tanah yang sekangkang kera. (mengapa ye kiasannya begitu?) Kawasan ini dulunya  luas tetapi kesan daripada 'upgrading', tinggallah apa yang ada untuk bercucuk tanam.  Ada sebatang pokok buah betik  Ia tumbuh daripada biji-biji yang disepahkan saje ke tanah. Teruja kami bila lihat ia berbuah, excited!!!Lama sungguh  tak rasa buah betik tanaman sendiri. Buahnya taklah besar mana, kebanyakannya midi dan ada sebuah dua, mini. Dah kerap jugalah kami merasa buahnya yang manis. Puas juga. Syukur, ya Allah.


Dikawasan sempit ini ada rimbunan pokok daun pandan. Tetapi kami jarang guna daunya.
Dalam pasu ada sebatang pokok daun kari. Tak besar-besar. Tetapi daunnya subur hijau,
Ada juga pokok daun pegaga juga dalam pasu. Buat hiasan aje 'pegaga jepun' ini.
Mana pokok kunyit? Dah lama tanam tetapi tak nampak tumbuh pun!
Pokok cili? Serai?
Dulu ada daun kesum, daun bawang...

Daun pandan dalam pasu pun cantik juga, kan?

4 comments:

  1. Betik eksotika ke tu..kecil-kecil tapi manis dan sedap.

    ReplyDelete
  2. Salam Aida,
    Suka betik. Selamat kembali ke sekolah!

    ReplyDelete
  3. Salam nadz,
    Akak tak tahu jenisnya, tapi seingat akak ada tabur biji betik comel mongel di kawasan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.