Merumput

Untuk memberi rasa sejuk di dataran BC, maka wujudlah hamparan hijau 'green carpet'. Rumput 'carpet' ditanam dalam kotak-kotak 'slab' empat segi.

Hamparan hijau

Untuk pengetahuan, dalam bungkusan putih di tepi longkang tu ialah tanah untuk dua buah pasu besar. Longkang? Mana longkangnya? 'Hidden longkang' ! Nampak tak batu kerikil. Bawahnya longkang, ditutup dengan 'slab' berlubang dan di atas 'slab' ditabur batu kerikil.  Jadi tak nampaklah longkang, air mengalir juga.

Sebelum trim
Musim hujan, rumput cepat tumbuh. Rumput yang pada mulanya ditanam kemas dalam 'rumah' masing-masing, nampak sudah tak tentu arah. Tercacak-cacak. Kalau dibiarkan tentu ia akan menjadi liar dan akan 'melintasi, merayap ' ke 'rumah jiran sebelah'

Lalu petang tadi dengan gunting 'kitchen scissors', mulalah  saya merumput.' taram' lebihan, trim atas, trim tepi, ikut petak persegi kecil. Bukan tak mahu  upah  tukang potong rumput, tapi dia takut....takut serpehan batu melanting kena cermin tingkap.

Sudah trim

Tanya kakak, larat ke nak cover semua?
Mana daya..Cuma dapat trim empat barisan saje, satu perempat  kawasan
jarijemari ku melecet. Aduh, pedihnya!! Tambah lagi sakit jari 'tendang' butang karom.
Tapi bahagian hamparan hijau yang telah ditrim nampak kemas.
Esok bolehlah sambung lagi....
Bila sampai di penghujung 'carpet'....
Bahagian permulaan , rumput panjang semula.
Manalah dia tukang potong rumput ???


4 comments:

  1. Salam Hjh Nora

    Alangkah ayu & kemasnya! Cuma awasi, lama-lama mungkin ada rumput nakal menyelit dicelah karpet. Juga lumut menumpang di slab. Longkang bertutup kerikil kelihatan memang cantik sekali. Sesekali intai kalau-kalau ada yg tak diundang menyorok di bawahnya.

    Selamat terus mengemas.

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    Pada awalnya memang saya curiga nak tanam rumput cantik ini. Sebabnya malas nak teliti dan cabut rumput rempit terselit di celah-celah hamparan cantik. Tapi fikirkan kawasan tak luas, take chancelah. Amaran awal Temuk akan diambil perhatian. Nakkan yang cantik kenalah rajin. Have a nice weekend.

    ReplyDelete
  3. Salam Hjh, masa menerim rumput tuh, menyangkung ker??
    Kuat kaki dan lutut Hjh...He he he

    ReplyDelete
  4. Salam MM,
    Duduk atas bangku kecil.InsyaAllah, lutut dan kaki akak masih kuat. Buat skipping masih boleh lagi!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.