La Tahzan


 Tahniah kepada yang mendapat 'straight As   '
Yang tidak.....
Jangan bersedih!
Don't be sad!
It's not the end...
Walaupun sasaran bilangan 'A' tak tercapai, jangan bersedih,
Jangan kecewa..
Ada proverb BI " What you reap is what you sow"
Kata pepatah  Melayu "Apa yang anda semai , itulah yang anda tuai'
Apa yang anda semai mungkin tidak diberi baja yang betul,
Mungkin tanah tidak subur,
Mungkin ada perosak..
Munkin cara semaian kita salah
Mungkin sebab kita sendiri, malas nak jaga semaian kita,
Macam-macam kemungkinan....
Tetapi yang penting usaha
Kalau kita telah berusaha tetapi keputusan tidak memuaskan (seperti sasaran kita)
Bersyukurlah
Terus berusaha...terus maju.. jangan kecewa, jangan malu,
La Tahzan...
Percayalah kepada ketentuan NYA
Sudah tertulis.....

6 comments:

  1. salam Alang

    saya tak pernah tatap kan berapa A yang anak kena dapat kan. kalau kamu rajin dan berusaha, dapat lihat hasil nya...ada anak nak saya yang tak bertuisyen, cuma di sekolah saja. Kami mendorong mereka dn selalu nasihat..kalau kamu nak jadi macam orang ni, kamu perlu belajar dan berusaha..apa benda nya pun kena usaha..bukan mak bapak yang bagi....

    Bak kata Nabil...lu pikir lah sendiri....

    ReplyDelete
  2. Salam Ezza,
    Motivasi dalaman dan luaran amatlah penting untuk berjaya.Tahniah kepada Hani yang manis...

    ReplyDelete
  3. Assallamualaikum kak Nora,

    Kalau anak-anak dah berusaha..dengan izin NYA maka berjaya..insyaallah
    Seronok kan melihat pelajar-pelajar yang score straight2 senyum lebar sampai ke telinga..tetapi yg agak lemah..air mata juga mengalir hingga ke telinga..
    PMR baru penilaian..jauh lagi laluan hidup..

    ReplyDelete
  4. ada orang tak belajar tinggi tapi berjaya dalam kerjaya.
    Kepada yang bijak dan pandai, tahniah.
    Kepada yang bukan bijak dan pandai tetapi sudah berusaha tahniah juga. PMR belum menjadi penentu, kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.