Macam inilah!! Tolong Nek Lang sapu laman,
jangan asyik main aje.....
Amal, Aishah n Jannah, terima kasih, jadikan menyapu laman satu agenda harian
Buat kebajikan,dapat pahala tau!
Tapi, tengok tu ..Iddin n Johan buat apa?
Menari samba ke?
Budak lelaki, apa lagi, sedang giat main bola sepak!
Kalau ada Geng Bas Sekolah (GBS), kita ada Geng Budak Bukit Cina (GBBC). Seronok mereka bermain dari mata hari naik hingga matahari tenggelam. Sampai saya kata, " Dah pukul 6.30 ptg, sekolah dah tutup. Balik dan mandi semua.". Sebelum bersurai, sempat pula "Aishah esok, ye." "Amal esok tau." "Johan. esok"
Saya pada Jannah: Esok sambung latihan membaca!!
Pada kalender Disember,
Alahai.....tak lama lagi sekolah nak buka....
Salam Hjh Nora
ReplyDeleteLaman luas terbentang, amat cantik dipandang, tapi letihlah menyapunya, syukur ada geng bebudak Bukit Cina.
Ya, tak lama sekolah dibuka semula, tahun baru pun nak tiba, semoga berjaya melaluinya.
Salam Temuk,
ReplyDeleteDaun kering yang gugur dari pokok mambu tumbuh tepi jalan luar kawasan rumah. Pagi petang mesti disapu.Jadi macam satu rutin.Cepat masa berlalu, kan?