Salah partner

Dinner semalam di sebuah restoren.

dah lama menunggu....dah buat pesanan selera masing-masing.

Datang pelayan (kita namakan dia Mamat)
Mamat : Nasi paprik (sambil letak sepinggan nasi putih bersama sepiring lauk)
Angah: Tadi dah hantar, dah makan pun.
Mamat : (sambil tersenyum) Tu lauk untuk nasi goreng cendawan.
Kami : Aaaaah?????
MrSor: Patutlah makan tadi tak nampak cendawanya..
Angah : Tertanya juga tadi mengapa lauk paprik tak ade sayur.
Salah pasangan!.

Lagi kisah.
Amal nak order roti canai. Sori, Amal, roti canai ta ade. ganti dengan her forever favourite Nasi Goreng Cina.

Iddin mulanya  merajuk.Tak pesan makanan seperti yang lain.  Hilang 'awan hitam'nya, pesan pula Nasi Goreng Cina.
Kata kakak (naman Siti): Lambat sikit, tukang masak sorang aje.
Sori Iddin, share aje dengan kak Amal.
Amal jeling-jeling.

Alahai, boleh saya tolong di dapur?

MsHart  order Mee Hun Soup.
Sampai yang dipesan..'meehunnya kurus-kurus...'


Saya? Pesan Nasi Goreng Kerabu...sori juga...tak ada...makan sate aje....sedap, buat dua kali order.!!

Bila sampai pesanan minuman.
"Ni air teh ke kopi?
"Teh O"
"Kenapa gelap, tawar pulak tu!"

Ada masa penghantar pesanan (tak naklah panggil 'pelayan') tapi bukan Mamat, letak pesanan makanan secara kasar atas meja. Tergesa-gesa.

Waktu kami makan di sini dulu, tak macam ini servicenya.
Tapi dah sahih, keluar  daripada kedai makan ini, seluruh pakaian kita berbau asap sate. Rambut, tudung berbau asap.
Alahai, nak makan lagi ke di situ?

4 comments:

  1. kat mana ni kak...sampai apa yang diminta tak ikut selera pelanggan ! kalu sy the first & the last la kak.....

    ReplyDelete
  2. Sonata,
    Agaknya chef dia cuti hujung tahun, atau dah berhenti. Pembuat airnya pun agaknya pekerja baru. Semalam second time kami visit. First visit dulu okey, semua ada. Itu sebab pergi kali kedua. lepas ni sorilah. Tapi satenya sedap! Dekornya pun bahan-bahan antik.

    ReplyDelete
  3. Hjh Nora
    Memang biasa juga berlaku begitu. Servis lembab, makanan tak menyelerakan. Lain kali mungkin ok, tapi pasti kita takut nak langgani. Walau apa pun rupa servis dan rasa makanan, itulah rezeki kita waktu tu.

    Awasi gerak geri akar betik & kepantasan rimbunan buluh beranak penak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.