Nan

 1.1.11....bertongkat-tongkat nombor ini, cantikkkan.
Salam. Selamat menyambut Tahun Baru 2011!
Di mana anda malam tadi?
Kami?
Dinner di mana ye?
.Letaknya di Kota Laksamana

.Chef di tepi tempayan gergasi.

Ramai peminat Nan,  berbagai bangsa.....tempat duduk melimpah luas ke kawsan parkir, juga kedai sebelah.

Ini baru sebahagian kecil

Ada pelbagai Nan disediakan....you name it, they have it...garlic, cheese, onion, just plain....Tapi minuman, you name it, they don't have it! Pesan aje apa yang tersedia  pada kad menu. Ha, ha...dan lawannya tandoori chicken dan juga pilihan menu lain yang berkaitan dengan Nan. Tak tahu namanya..pelik-pelik, maklumlah masakan Paki. Sori, masak asam pedas melaka tak ada, okey! Itu cari di  kedai lain. Restoren ini buka sebelah malam sahaja, ye.
Sila layanlah gambar-gambar ini...

Yang merah-merah tu,ikan, hujung atas, chicken wing, then kentang. Yang ada sudu lupa pula namo eh!




Plain Nan bersama ayam tandoori. Sedaaap!
Meraikan Abang A'an (Farhan), anak sepupu di KL ( yang tersenyum berbaju merah). Abang A'an cuti belajar.




Jadi peminat Roti Nan, boleh lah kunjung ke PP. Promosi... sebab Roti Nannya lembut dan sedap.Kalau tidak, masakan ramai yang datang setiap malam.
Lepas tu kami terus balik, ikut konsert Ambang Tahun Baru gitu-gitu kejap..tukar Ch KBS..Tepat jam 12.00 tengahmalam, terdengar bunyi letupan bunga api...tup..tup...tup..hampir sangat dengan rumah. Jenguk di tingkap..rupanya jiran-jiran di belakang rumah ada acara sambutan 2011. Bunga api ala kampung..tak sehebat di Dataran Merdeka  ( tak tengok pun!).

Akhir kata, selamat menyambut Tahun 2011. Semoga tahun baru membawa lebih kebahagiaan!
Oh ye
1.1.11 juga tarikh ulang tahun Aisah Abu, sepupu saya di KL (bukan emak A'an!).HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
.

6 comments:

  1. salam kak nora,

    saya suka makan roti nan & ayam tandoori...sedap!

    ReplyDelete
  2. Lama sangat tak makan roti nan

    ReplyDelete
  3. sodap ke kak....nnt senang2 nak gi terai la..cari roti nan kat sini.

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Memang best jika makan panas-panas

    ReplyDelete
  5. Jika balik Melaka trylah Nan di Pak Putra.

    ReplyDelete
  6. Salam Acik,
    Muka-mula dulu akak tak suka. Bila cuba , sedap pula. Tak berminyak macam roti canai.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.