Betul, rumput di laman serabut minda.
Rumput 'karpet' sudah tebal, tinggi,
Dicelahan 'carpet' tumbuh pula pelbagai rumput liar....
Tinggi sampai ke lutut.
Sudah 3 kali hujung minggu,si Mamat potong rumput kata nak datang
Kalau Mamat dapat datang, saya nak dia trim pokok buluh yang sudah 'kembang' rimbun
Saya nak minta tolong dia alih pokok cempaka tanam di tanah.
Setiap kali bila nak confirm, jadi ke tak jadi
"Hari Ahad saya datang"
Sampai harinya, tak dapat makcik, saya kerja'
Hujung minggu berikutnya,
"Tak dapat makcik, saya kerja di Johor, Ahad depan saya datang"
Hujung ketiga,
"Tak dapatlah makcik.saya kerja dua bulan di Johor
"Maaf ye makcik''
Terdiam saya. kecewa juga.
Untuk makluman,
Si Mamat ni bekerja dengan sebuah nurseri di Melaka,
Bos dia dapat kontrak tanam pokok di Johor (tak tau daerah mana)
Terpaksalah Mamat utamakan kerja cari makan dia , kerja utama dia, kan.
.
Hai! macam mana ni, siapa nak potong rumput laman???
Panggil semula Jalil??
Tak, tak boleh. Jalil tak sihat, baru baik stroke. Beliau boleh bergerak, tapi takut, kalau silap langkah dia terjatuh nanti..alangke kecoh dibuatnya?
Panggil yang selalu potong rumput rumah jiran di belakang rumah.
Dah pernah panggil dulu, tapi dia macam reluctant aje.
"Takut batu kena cermin tingkap"
Beli aje mesin potong rumput, eh, siapa nak buat kerja memotong rumput nanti?
Ah, tanya Khairil, jiran sebelah rumah.
Dia ada mesin. Bila ditanya, dia okey aje.
Tunggu Khairil ajelah,
'Tapi saya datang bila saya free'
Okey, asalkan rumput saya tak serabut minda,
Siapa pula nak trim pokok buluh?
Siapa pula nak tanam semula pokok cempaka?
Tunggu Mamat,
2 bulan lagi!Hmmmm..... lepas raya lah tu!!
Alahai..........