Hujung minggu berlalu

10 Dismber 2010, Jumaat...kami ke MITC. Showcase SDSI sedang berlangsung. Seperti yang dirancangkan,  dewan makan menjadi sasaran pertama. Semua negeri mempromosi makanan identiti negeri masing-masing. Saya buat survey terdahulu.....Laksa Penang menjadi pilihan. Masuk pula ke dewan utama. Satu Daerah Satu Industri..ah...dah lama nak beli teh Cameron Highlands, jenama yang tak terdapat di 'bawah' sini. Beli empat bungkus, empat perasa.Singgah juga beli mangga 'Melaka Delight'. Dalam perjalanan pulang, ahli 'rombongn' dahaga. Singgah pula minum air buah di sebuah kedai dekat MMU.
.
Sedang memilih Melaka Delight
Nak jadi 'Guru Besar' di ''Bilik Guru Besar'

11 Disember 2010 Sabtu...pagi ada gotong royong di kampung BC anjuran JKK. Turut hadir EXCO dan DO Melaka Tengah. Kawasan BC kawasan sasaran kerana kes demam denggi. Tetapi pada saya gotong royong yang julung-julung kali diadakan di kampung BC , tak berjaya. Sebab, kurang sambutan, kurang persiapan, masalah pengurusan barangkali. Perancangan saat akhir.Penghuni rumah yang menjadi sasaran buat tak kisah pula. Mungkin mereka diberi peringatan oleh penganjur. Petangnya pula 'fogging' diteruskan lagi.
VVIP dengan beg plastik hitam, tapi mana dia orang kampung ku? Malunya!!!

Gotong Royong, Kak Ji cuci longkang rumah sendiri
12 Disember 2110 Ahad...Selepas kemas-kemas laman rumah, layan tanaman, sekali lagi ke SDSI. Lagi sekali? Kali ini pergi bersama kakak. Hasrat nak beli tempat letak payung daripada anyaman rotan. Saya minat pada anyaman rotan. Hari ketiga, pengunjung ramai sekali, lagipun hari Ahad dan hari penghabisn showcase. Tentu jualan 'at offer price'. Masuk negeri ini, masuk negeri itu, cari bakul anyaman rotan yang saya lihat malam dulu. Jumpa satu yang berkenan di kiosk Pontian, hasil anyaman sendiri. Beli juga dua buah bakul rotan, hasil kerjatangan  dari Seremban. Satu, sebagai hadiah harijadi untuk seorang 'kakak' yang minat mengumpul bakul.Satu lagi, untuk diri sendir. Bila nampak 'kelerai' anyaman lidi di kiosk Kelantan, beli juga untuk alas periuk atau kuali panas. Oh, kerepek belum dapat lagi. Tuju ke 'kedai' FELDA BEST'  kerepek pisang, kerepek bawang, tembosa menjadi pilihan kudapan. Tangan dah penuh lalu tak jadi ke dewan makan, untuk Puding Raja, Pekan. Tak pe, ada lagi di rumah beli malam first visit.
Dalam bakul ada macam-macam kudapan. Empat perasa teh CH
Bakul rotan untuk payung.
Kalau dah berseni, lidi pun boleh jadi.
 Petang, hadir  pula 'High T' birthday seorang 'kakak'. Tak ramai cuma kami 6 orang sahaja. Makan, western, Boneless Chicken Chop with wedges, sago gula Melaka sebagai pencuci mulut dan jus jambu sebagai minuman. Terima kasih to the birthday lady! Mana T nya kak?
Birthday Lady, Kak Asmah

Itulah kisah hujung minggu yang lalu. Sibuk juga....

4 comments:

  1. bakul rotan tu cantiklah..
    sayaa ke melaka juga tapi dah petang. tak sempat nak menyinggah pun..

    ReplyDelete
  2. Wah busy...... mama pun minat bakul2 rotan ni. Opah mama dulu "gheko" dari lidi kelapa tu opah buat sendiri.

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Banyak lagi yang cantik-cantik. Murah pula harganya.

    ReplyDelete
  4. Mamawana,
    Anyaman lidi untuk alas kuali dan periuk, namanya "gheko" ye? Seni anyaman ini kalau tak diwarisi akan mati begitu saje. Mamawana pandai ke buat 'gheko'?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.