RABU YANG SENYAP

Pagi. Selak langsir tingkap. 
Dah pukul 7.15 pagi.  Mengapa jalan raya sunyi dan senyap? Sepi?
Agaknya murid-murid sekolah berhampiran ikut jalan lain.
Rancangan saya , pagi ini nak ke mesin ATM di UTC.
Pukul 9.00 pagi keluar rumah.
Jalanraya lengang, Tak banyak kereta seperti hari-hari sekolah biasa.
Di 'traffic light' pun tak ada  kenderaan berderetan panjang menunggu arahan lampu isyarat.
Mengapa kedai-kedai tutup? Buka pukul 10.00 pagi nanti agaknya.
Saya terus ke parkir UTC.
Nampak parkir kosong Tak ada kereta parkir. Saya  cuba cari kalau-kalau  ada papan maklumat  mengatakan 'parkir nak digunakan, sila parkir di tempat lain' atau pun 'tidak boleh parkir di sini lagi'
Mana manusianya?
Turun kereta  dan dengan yakin  melangkah ke bangunan UTC.
Dari jauh nampak Pak Guard UTC, melambai-lambai tangan dengan isyarat  pangkah (cross)
'Tutup...tutup' teriak dia.
"Mengapa?' saya jerit kembali, hairan,
"Hari HOL!" dia menjawab.
"OMG!! Cuti Hari Hol? Patutlah senyap sepi!"
Seorang pekerja pasaraya berdekatan lalu  dan  berkata kepada saya "Kak, hari ni cuti umum, public holiday, Hari Hol Pahang......" sambil tersenyum.
'Terima kasih adik, akak ni pesara, hari-hari cuti. Tak tahu pula hari ni Hari Hol Pahang'
Saya beredar dari parkir UTC..... malu juga rasanya.
En suami pun tak tau hari ini cuti Hari Hol. Hihi...
Itulah dia kisah saya dengan Rabu yang senyap.
LOL!

dari FB Kuantan

2 comments:

  1. Salam cikgu
    Maaf sangat kerana baru ni saya boleh memberi komen! Tk kerana cikgu terus memberi semangat.
    Biasalah pokok 2 saya ditanam dlm pasu. (Ada masalah dlm pc saya kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Ju,
      Ditanam dalam pasu tetapi berbunga lebat juga ye.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.