NIKMATNYA, CUTI DAN JUS MANGGA

7.00 pagi. Jalan masih sunyi, tak pe lah saya nak 'exercise' juga.
Saya mula 'morning walk' laluan biasa.
Sampai di jalan berhampiran sekolah, 
sekolah sunyi. 
Jam dah 7.15 pgi..
Ini mesti cuti lagi. Cuti apa pula kali ini?
Singgah di BB untuk beli sarapan.
"B, mengapa sekolah sunyi?"
"Hari ni cuti" jawab BB
"Cuti apa ?"
"Cuti Hari Wesak!"
"Cuti lagi....."
Wah, beruntung rakyat Malaysia. Nikmatnya. Banyak sekali cuti am dalam setahun!!

Beli sarapan pagi ni dari BB.
Bawa pulang nasi dagang, nasi himpit kuah kacang,  lepat pisang dan karipap. Ha...untuk makan berdua.


Musim buah mangga sekarang.
Hari-hari saya buat jus mangga. Hmmmmm......teringat jus mangga sewaktu mengerjakan haji dahulu.
'Very pure, thick n sweet' rasanya. Setiap kali balik dari masjid, mesti singgah di sudut jual jus mangga yang terletak di kaki lima hotel tempat penginapan. Oh...dah bertahun lamanya. Hotel itu pun dah 'Inna lillah'

Sebakul buah mangga (ada epal hijau 2 biji)

Sebiji mangga dikupas, dikisar  bersama  ais kiub....
dapat 2 gelas. 
Sudah tentu 'thick n pure'
Sarapan: jus mangga + nasi himpit Alhamdulillah.....nikmatnya.

Update!!

Lokasi: di sebuah 'juice corner' di Makkah
Kakak saya (blogger puterihanglipoh) sedang memenuhi idaman jus mangga. Nikmatnya!!!

4 comments:

  1. Assalamualaikum kak hajjah,
    saya pun tiap hari sarapan, makan tengah hari dan minum petang pasti dimulai dengan sebiji mangga. Baru2 ni balik kampung, segala macam jenis mangga diangkut ke sini. Paling best harum manis, tapi tak begitu menjadi pulak

    ReplyDelete
  2. Kak hjh nora
    Dah tak pandai nak meneka kak hajah dimana sekarang....
    Kat pahang pun banyak bukit...
    Nak teka kat BB bukit baru
    Tapi entahkan di kuantan pula cikgu ni...

    ReplyDelete
  3. kak hajjah..jus mangga di mekah menjadi ingatan...
    terasa2 di tekak ni..hihi

    ReplyDelete
  4. jus mangga pekat likat :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.