VMY = VMY

 2014...VMY
VMY. dalam BM nya TMM
Maksudnya 'Visit Malaysia Year' 'Tahun Melawat Malaysia"
Akronim ini sesuai juga untuk negeri Melaka....
'Visit Melaka Year' 'Tahun Melawat Melaka'

Jadi kalau anda melawat Melaka, jangan hiraukan sangat atau terkejut kalau terdengar orang tempatan bercakap dengan nada suara yang kuat, terdengar antaranya 'Ape khabar lahabau, mana kau  dah pegi' 'hawau kau'Cilaka kau' 'Aku ingat kau dah mampus'....punyanya kasar bahasa. Maaf, ye. Semua ini gurauan  senda hanya di kalangan teman-teman rapat sahaja, orang Melaka juga. Janganlah  simpan dalam hati. 

Jadi, silalah ke Melaka ye. Melawat Melaka bermakna melawat Malaysia! Keh, keh.....
Alahai.....Dondang sayang......

Kredit: Fb Saya Anak Melaka

8 comments:

  1. Salam.
    Moga semuanya baik2 di th baru ni. Maaf lama tak memberi komen, ntah di mana silap Pc ni tak respon.
    Saya memang suka melaka. Byk bangunan klasik!

    ReplyDelete
  2. Ju, di bandar Kuantan pun banyak bangunan-bangunan lama dan klasik. Bangunan lama ni ada aura tersendiri kan?

    ReplyDelete
  3. hee..sama tau cam orang Kedah.kalau kita cakap kasar , orang kedah tak terasa. memang dah cara depa gitu. tapi lain pulak orang johor (dan baru perasan orang Ipoh juga). depa ni sensitif sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? Sesama kenalan atau kawan, bolehlah kita 'kasau-kasau' sikit. Akak ada juga di bahasakan 'setan kau' dari seorang teman yang educated dan berpengaruj juga. Taulah dia bergurau dan menjadi kebiasan dia. Agaknya kalau org johor atau ipoh ke melaka atau kedah, tentu mereka 'menjeliang'. hi hi...

      Delete
  4. Itulah penangan majmuknya negara kita bukan sahaja dari sudut pelbagai kaum / bangsa tetapi juga ragam bahasanya.Uniknya Malaysia! Sayangi & Cintailah Malaysia!!

    ReplyDelete
  5. Saya suka Melaka. 1-5 Disember lepas saya bawa satu rombongan kaum keluarga dari sempadan sana ke Melaka. Semuanya enjoy, balik dari Melaka singgah Putrajaya, tunjukkan Pusat Pentadbiran negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik pt. Kalau ada apa-apa kekurangan di bandar melaka, harap maafkan. Sayangnya waktu Cik pt melawat melaka, akak di Kuantan. Banjir besar waktu tu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.