BUKIT CHANDAN: PAMERAN DAN JUADAH WARISAN

Di Bukit Chandan rombongan PSMNM menghadiri  Pameran Kuala Kangsar Bandar DiRaja: Khazanah Warisan Kesultanan , Agama dan Pendidikan, usaha sekretariat kumpulan Bukit Chandan Kampungku (BCKK). Pameran telah diadakan di Baitul Anor dihadiri juga oleh warga tempatan Bkt Chandan.

BANNER
Sebenarnya BCKK sedang berusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan keistemewaan Bkt Chandan kepada warga tempatan dan warga luar Bkt Chandan. Dengan ini warga tempatan akan merasa bangga, menghargai dan sayang kampung halaman sendiri.  

Tulisan Jawi, juga warisan
Antara yang dipamerkan
SEJARAH DAN SENIBINA RUMAH MERAH, RUMAH WARISAN
Melalui pameran tersebut hadirin dapat mengenali  sejarah, mercu tanda, lokasi dan bangunan warisan dan tarikan pelancong, warisan ilmu dan syiar Islam, Seni dan kemahiran, juadah serta kenangan dan nostalgia anak tempatan Bkt Chandan.
Tetamu VIP DiRaja,
semoga usaha BCKK mendapat perhatian dan sokongan
Antara yang hadir mendengar penerangan sekretariat
Setelah majlis perasmian, hadirin dan tetamu diraikan dengan jamuan juadah warisan.
Juadah disediakan sendiri oleh anak tempatan Bkt Chandan

Antara yang menarik perhatian  saya, yang saya rasa tidak ada di tempat lain....

NASI LAMUNI, berkhasiat..hmmm...untuk awet muda!!!
Nasi herba daun lamuni  selalau dihidangkan seperti nasi lemak biasa
iaitu digandingkan bersama  sambal tumis dan telur rebus.
Jika ingin mengetahui tentang herba lamuni dan nasinya,
eloklah tanya En Google. 
PUTU CAWAN, rupa seperti cawan, putih gebu.
Rasanya lemak-lemak yang diperbuat
daripada tepung beras, tepung pulut dan kelapa.
Mana gula merahnya? Ini bukan putu piring lah!
PEMANIS JAGUNG....so sweet, sedaaap

Abaikan dua ketul  nasi himpit dan pinggan.
Inilah rupanya pemanis jagung. 'Baju ' anak jagung di buka.
di masukkan isi-isi jagung yang telah dihancurkan serta campur dengan kelapa dan gula,
lalu di pakaikan semula 'baju'nya. Banyak kerja tapi sedap!

Puan Hajah sebelah kanan, warga Bkt Chandan, kata
"pemanis jagung ini juadah DiRaja. " 
Yang teruja juga dengan pemanis DiRaja, Shaukani dan Pn Suraya





Terima kasih Bukit Chandan.
Semoga harapan serta usaha BCKK akan tercapai.
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan murni BCKK
Ameen....


6 comments:

  1. Belum pernah merasa pemanis jagung juadah di raja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik t,
      Mungkin tak dijual di pasaran. Hanya dibuat khas untuk kami rasa salah satu juadah warisan.

      Delete
  2. Biasa dibuat isi jagung yg disagat kecil - kecil dan digaul dengan kelapa parut campur gula putih @ gula merah yg manis juga rasanya tapi tak spti Jagung Manis Bkt Chandan tulah......Ok sekadar tambahan juadah jagung lain ya....

    ReplyDelete
  3. Bukit Chandan membawa kenangan manis dalam tahun 1960'an. Pernah ada ditepi sungai satu perkampongan kecil dikenal dengan kampong Terengganu tempat penhijrahan pembuat batik dari Terengganu. Ada saudara saya yang saya kerap kali singgah dalam perjalanan jalanraya dari Telok Anson ke P Penang. Semuanya sudah lenyap. Saya pernah bermalam di Rest House kayu yang terletak cantik menghala kawasan sungai.

    Tak pernah saya dengar makanan makanan tradisi yang disebut.

    Dengan salaam hormat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikgu,
      Semoga cikgu sihat. Terima kasih atas catatan kenangan manis cikgu di Bukit Chandan (BC). Semoga satu hari ini BC akan menjadi 'a living museum of Kuala Kangsar'. Pertama kali lihat dan rasa makanan tradisi tersebut. Have a nice day, cikgu.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.