Resepi ini sebenarnya saya ambil daripada laman-laman resepi di google. Ambil sana sini dan ubahsuai, Mudah membuatnya.
Ambil 4 keping roti, Kulit tepinya nak dibuang boleh, tak dibuang tak mengapa. Kalau dibuang, bancuhan nampak putih, kalau tidak , bancuhan ke 'cokelatan 'sikit .Hi Hi...
Carik-carikkan roti tadi, koyak-koyakkan. Masuk ke dalam mangkuk. Tuangkan lebih kurang 1/2 cawan susu cair ke atas roti. Rendam roti hingga kembang. Kemudian ambil sebiji telur, pukul-pukul telur sebentar dan masukkan ke dalam rendaman roti tadi. Biarkan hingga betul-betul kembang.
Sementara itu rebus 1/2 paket agar-agar tali dengan 5 cawan air. (boleh juga guna agar-agar serbuk) Rebus hingga agar-agar hancur, Bila dah hancur, masukkan sesenduk dua gula. (ikut rasa kemanisan masing-masing). Bubuh setitik esen vanilla atau sehelai daun pandan. Rebus hingga gula larut. Jangan lupa juga sediakan pewarna untuk kita buat pelangi. Sediakan juga mangkuk-mangkuk untuk bancuhan yang akan diwarnakan nanti.
Beralih kepada rendaman roti tadi. Kalau suka boleh tambah 2 sudu besar susu pekat. Kalau nak rasa manis agar-agar nanti.Rendaman roti tadi diblend. Blend, blend, blend sampai bancuhan halus tak ada 'residue' atau hampas roti. Bancuhan bersatu. Kalau ada sisa-sisa roti yang tak hancur, elok ditapis, Ambil yang 'pure,' tak ada hampas roti. Masukkan bancuhan yang telah diblend.(dan ditapis) ke dalam periuk agar-aga tadi . Kacau, kacau, kacau hingga bancuhan agar-agar dan roti menggelegak. Sudah itu, asingkan agar-agar tadi ke dalam tiga mangkuk. Tak semesti tiga, dua boleh, empat boleh. Ikut kreativiti kita. Setiap satu mangkuk, titiskan setitik pewarna. Satu bancuhan merah, yang lain hijau ke, kuning ke.....warna ikut kita. Ambil acuan agar-agar atau loyang. Tuangkan satu warna bancuhan diikuti dengan bancuhan warna lain. Tak perlu tunggu agar-agar keras. Habis semua, ketepikan sebelum disejukkan dalam 'fridge'
Dengan mengikut cara yang sama, kita boleh ganti warna pelangi dengan milo.Jadilah dia agar-agar roti milo. ha ha.......senangkan.
Pn MM@Nanie....bolehlah mencuba agar-agar roti ni ye......jangan terlebih air, jadi puding agar-agar...
AGAR-AGAR ROTI PELANGI
Ada beberapa keping roti dalam freezer.
Selalu buat agar-agar roti milo berbagai design..
Biar jari-jari berjalan
Jalan-jalan cari resepi
Pilih resepi yang mudah, tak banyak 'cerita'
Jalan punya jalan, di 'taman agar-agar roti'
Lalu terjumpalah beberapa laman yang memberi ilham.
Semua memberi cara membuat yang sama, mengguna bahan yang sama.
Tetapi saya ubahsuai,
Tak guna susu manis, hanya susu cair'
tak buang 'kulit' roti
(ambil semua, jangan membazir)
Fotonya pun
Cam comel je, cam senang je....
Lalu ini lah hasilnya.
Oooops terlebih air pula.
Jadilah puding agar-agar roti pelangi.
Rasa?
Manis? Tawar? Manis buah?
Juri yang baru balik opis rasa...
Okey, sedap....
rajin alang buat agar-agar.
Selalu buat agar-agar roti milo berbagai design..
Biar jari-jari berjalan
Jalan-jalan cari resepi
Pilih resepi yang mudah, tak banyak 'cerita'
Jalan punya jalan, di 'taman agar-agar roti'
Lalu terjumpalah beberapa laman yang memberi ilham.
Semua memberi cara membuat yang sama, mengguna bahan yang sama.
Tetapi saya ubahsuai,
Tak guna susu manis, hanya susu cair'
tak buang 'kulit' roti
(ambil semua, jangan membazir)
Fotonya pun
Cam comel je, cam senang je....
Lalu ini lah hasilnya.
Oooops terlebih air pula.
Jadilah puding agar-agar roti pelangi.
Rasa?
Manis? Tawar? Manis buah?
Juri yang baru balik opis rasa...
Okey, sedap....
rajin alang buat agar-agar.
Puding agar-agar roti ku Terima kasih kepada penyumbang di En Google |
'BESTDAYS' CUCUs
Dua orang cucu kami sambut 'bestdays' mereka bulan ini, November.
1 hb November....'befday' this cute little girl..... Nur Aisyah "satu tahun dah umur saya" |
17 hb November........'best'day hero in the family...Abang Iddin Hu Hu...11 years old... dewasa dah! |
HAPPY 'BEFDAY' Nur Aisyah
HAPPY 'BESTDAY' Abang Iddin
HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF U
Semoga dipanjangkanNya umur, diberkatiNya usia,
dimurahkanNya rezeki, diberikanNya kesihatan yang elok berpanjangan
Ya Allah, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah
dimurahkanNya rezeki, diberikanNya kesihatan yang elok berpanjangan
Ya Allah, jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah
Ameeeeen........
KAMPUNGKU, BARU
Deretan rumah kedai di kampungku dah pun siap. Sebelum ni kawasannya semak samun. Terbiar.
Penduduk kampung tertanya-tanya kedai apa yang akan muncul nanti?
Kedai makan? Kedai runcit? Bengkel kereta? Pejabat?
Atau rumah sewa, asrama...tau-taulah untuk siapa!
Tetapi, warna catnya macam warna bendera sebuah negara saya kenal.
Hai....
Bertambah bizilah jalan raya depan rumah.
Dulu ado simpang tigo. Lai kini dah simpang ampek.
(kecek Minang seketek! maksudnya cakap Minang sikit)
Pemandangan baru di kampungku!
Penduduk kampung tertanya-tanya kedai apa yang akan muncul nanti?
Kedai makan? Kedai runcit? Bengkel kereta? Pejabat?
Atau rumah sewa, asrama...tau-taulah untuk siapa!
Tetapi, warna catnya macam warna bendera sebuah negara saya kenal.
Hai....
Bertambah bizilah jalan raya depan rumah.
Dulu ado simpang tigo. Lai kini dah simpang ampek.
(kecek Minang seketek! maksudnya cakap Minang sikit)
Pemandangan baru di kampungku!
SIBUKLAH NANTI |
MEMPERINGATI 10 MUHARRAM
10 Muharram- dinamakan juga Hari 'Asyura.
LKPIM Daerah Melaka Tengah telah mengadakan majlis memperingati hari tersebut petang tadi di rumah kediaman Pengerusi LKPIM Daerah Melaka Tengah. Majlis di mulakan dengan 'zikrullah' diketuai oleh YBhg. Ustaz Datuk Hj. Abdul Rahim Khaliq Al-Hafiz diikuti doa hari Asyura. Majlis diteruskan bacaan surah Yassin, tahlil dan solat Asar berjemaah. Ustaz juga telah memberi tazkirah mengenai perkara-perkara sunat dilakukan pada 10 Muharram. Antaranya ialah menyapu atau menyusap kepala anak yatim sebagai tanda menghormati dan memuliakan mereka serta bersedekah. Kata Ustaz lagi penyediaan bubur asyura yang selalu dikaitkan dengan Hari Asyura(di tempat kita) bukanlah wajib atau mesti. Bubur asyura tidak ada kaitan dengan Hari Asyura.
Beginilah suasana di majlis memperingati 10 Muharram 1435 tadi.
LKPIM Daerah Melaka Tengah telah mengadakan majlis memperingati hari tersebut petang tadi di rumah kediaman Pengerusi LKPIM Daerah Melaka Tengah. Majlis di mulakan dengan 'zikrullah' diketuai oleh YBhg. Ustaz Datuk Hj. Abdul Rahim Khaliq Al-Hafiz diikuti doa hari Asyura. Majlis diteruskan bacaan surah Yassin, tahlil dan solat Asar berjemaah. Ustaz juga telah memberi tazkirah mengenai perkara-perkara sunat dilakukan pada 10 Muharram. Antaranya ialah menyapu atau menyusap kepala anak yatim sebagai tanda menghormati dan memuliakan mereka serta bersedekah. Kata Ustaz lagi penyediaan bubur asyura yang selalu dikaitkan dengan Hari Asyura(di tempat kita) bukanlah wajib atau mesti. Bubur asyura tidak ada kaitan dengan Hari Asyura.
Beginilah suasana di majlis memperingati 10 Muharram 1435 tadi.
Bubur Asyura untuk anak yatim Yang puasa, tapau |
kehadiran anak yatim, tetamu utama |
Bersedekah amalan yang mulia |
lain kali bawa beg! |
Sumbangan goody bag, peralatan sekolah dan makanan |
Zikir, bacaan Yassin dan tahlil Semoga diberkatiNya amalan dan urusan kita, Ameeeeen |
SEBENTAR DI TEMOH
Waktu kami sampai hujan. Gambar ini saya ambil dari koleksioldskool.blogspot.com |
Maka bertemu mesralah peserta staf Perbadanan Muzium Negeri Melaka dengan 'bos' yang dihormati dan disayangi.
Staf n mantan bos |
Dr Badariah seorang tokoh akademik sejarah, sangat disegani. Beliau merupakan salah seorang juri untuk UNESCO. Saya 'tabik' beliau kerana kegigihannya memperjuangkan Bandaraya Melaka serta George Town sebagai 'UNESCO World Heritage Cities' semasa beliau berkhidmat di Melaka. Semasa kami di sana, Dr Badariah telah berkongsi pengalaman hidup dan kerjaya beliau sebelum bersara sepenuhnya.
Dr Badariah Salleh |
Mendengar pengkisahan daripada Dr Badariah |
Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Dr Badariah, sila lah tanya En. Google. Sekarang Dr Badariah mengisi masa persaraan sebagai 'mudarisatun' di sebuah madrasah dekat rumah beliau " membimbing makcik-makcik di sini, tafsir". Kalau nak tau, Dr Badariah juga merupakan Pengasas Persatuan Sahabat Muzium Melaka. Kalau tak singgah kunjung hormat, memang tak patut!
Ah, ah di rumah beliau, kami dijamu dengan Laksa Kuala Kangsar.....yummy, dapat juga rasa laksa 'kuale' . Untuk saya, apa-apa laksa pun sedap. Ada juga durian dan macam-macam lagi hidangan.
Happy sangat dapat rasa Laksa 'Kuale' Kangsar |
Terima kasih, Dr |
Gambar kenangan Sebut TEMOH, ingat Dr Badariah |
Hujan belum teduh. Kami teruskan perjalanan pulang. Masing-masing penat tetapi 'happy'!
Terima kasih dan tahniah kepada urusetia program 'Ipoh, George Town, Kuala Kangsar: Heritage Trail 25 - 27 Okt 2013 kerana berjaya mencapai objektif. Satu jejak yang menyingkap sejarah.
I enjoyed the educational walk!
Pengerusi PSMNM, Shaukani Abbas, Job well done!! |
Kami naik bas inilah.....kelassss gitu! |
Kredit foto: PuteriHangLiPoh (my sista), FB Julia Ali, FB Shaukani Abbas(he's my bro)
BUKIT CHANDAN: PAMERAN DAN JUADAH WARISAN
Di Bukit Chandan rombongan PSMNM menghadiri Pameran Kuala Kangsar Bandar DiRaja: Khazanah Warisan Kesultanan , Agama dan Pendidikan, usaha sekretariat kumpulan Bukit Chandan Kampungku (BCKK). Pameran telah diadakan di Baitul Anor dihadiri juga oleh warga tempatan Bkt Chandan.
Sebenarnya BCKK sedang berusaha untuk memperkenalkan dan mempromosikan keistemewaan Bkt Chandan kepada warga tempatan dan warga luar Bkt Chandan. Dengan ini warga tempatan akan merasa bangga, menghargai dan sayang kampung halaman sendiri.
Melalui pameran tersebut hadirin dapat mengenali sejarah, mercu tanda, lokasi dan bangunan warisan dan tarikan pelancong, warisan ilmu dan syiar Islam, Seni dan kemahiran, juadah serta kenangan dan nostalgia anak tempatan Bkt Chandan.
Setelah majlis perasmian, hadirin dan tetamu diraikan dengan jamuan juadah warisan.
Antara yang menarik perhatian saya, yang saya rasa tidak ada di tempat lain....
BANNER |
Tulisan Jawi, juga warisan |
Antara yang dipamerkan SEJARAH DAN SENIBINA RUMAH MERAH, RUMAH WARISAN |
Tetamu VIP DiRaja, semoga usaha BCKK mendapat perhatian dan sokongan |
Antara yang hadir mendengar penerangan sekretariat |
Juadah disediakan sendiri oleh anak tempatan Bkt Chandan |
Antara yang menarik perhatian saya, yang saya rasa tidak ada di tempat lain....
PUTU CAWAN, rupa seperti cawan, putih gebu. Rasanya lemak-lemak yang diperbuat daripada tepung beras, tepung pulut dan kelapa. Mana gula merahnya? Ini bukan putu piring lah! |
PEMANIS JAGUNG....so sweet, sedaaap |
UNIKNYA BUKIT CHANDAN, KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar, bandar di Raja Perak. Hari ketiga rombongan Jejak Warisan PSMNM berada di sana. Tetapi kami tidak menjejak bangunan sejarah di bandar KK. Kami ke Bukit Chandan. Siapa ke Kuala Kangsar dan tidak melewati Bukit Chandan, rugi! Nama Bukit Chandan sememangnya tidak asing lagi bagi orang ramai kerana kaitannya dengan kesultanan negeri Perak.Banyak keistimewaannya yang kurang diketahui. Bukit Chandan kaya dengan peninggalan yang unik dan menarik. Antaranya....
Banyak lagi peninggalan warisan yang menarik di Bukit Chandan. Warisan ini perlu dipelihara. Jika tidak ia akan hilang dan tidak mungkin dapat dikembalikan.
MASJID UBUDIAH:saban hari menerima ramai kunjungan |
Dahulu ISTANA KENANGAN Kini, MUZIUM DIRAJA PERAK. Nilai estetika yang tinggi, bangunan yang tidak menggunakan sebatang paku pun! |
BAITUL ANOR: RUMAH WARISAN yang hampir roboh Setiap musim perkahwinan, ada sahaja pasangan pengantin yang bergambar kenangan di Baitul Anor |
RUMAH MEOR: RUMAH WARISAN Pak Meor berbaju putih megah memberi penerangan rumah warisan beliau |
RUMAH MERAH: RUMAH WARISAN |
RUMAH HITAM: RUMAH WARISAN |
ANTARA MADRASAH DI BUKIT CHANDAN: Madrasah Idrisiah |
Banyak lagi peninggalan warisan yang menarik di Bukit Chandan. Warisan ini perlu dipelihara. Jika tidak ia akan hilang dan tidak mungkin dapat dikembalikan.