Landskap buluh

daun pokok buluh

batangnya, pokok buluh jenis apa, saya tak tau??? nampak tak 'japanese drain'?





6 rumpun ditanam sederet (macam barisan tentera), kalau ikut seni landskap, elakkan tanam pokok sederet
Kenapa ditanam sebarisan hampir dengan pagar? Tujuannya, bila pokok-pokok buluh meninggi dan rimbun daunnya, dapatlah menlindungi bahagian tepi rumah yang menghadap matahari jam 4 petang.
tumbuh dengan segarnya dihalaman padang berumput



.ini juga pokok buluh,,,'buluh jepun' kata orang, tanam dalam pasu 


Saya suka pokok buluh.Ia mendatangkan satu kedamaian.Pokok buluh tak memerlukan penyelengaraan yang tinggi, maksud saya penjagaan. Cukup siraman airnya sewaktu ia membesar. Pokok buluh ada macam-macam jenis..tapi yang dilaman BC, kata pembekal, "bambusa Thai' atau buluh pagar. ye ke?Tapi awas, orang yang rajin saje yang suka tanam pokok buluh. Sebab? Ambil masa juga nak menyapu dan membersihkan daun-daunnya yang mudah gugur.

8 comments:

  1. Saya pun suka pokok buluh tuh, tapi sebab rumah intermediate, tak de tanah, saya tanam dlm pasu jer lah..

    ReplyDelete
  2. salam kak nora,

    kami ada tanam pokok buluh...cantik, tapi tersangatlah suburnya, hinggakan perlu trimming dengan kerap..

    ReplyDelete
  3. Salam MM,
    Boleh juga tanam buluh dalam pasu, cantik.

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah,
    Pokok buluh menjadi pilihan tanaman landskap lebih-lebih lagi kalau landskap tema Japanese garden. Rimbunan buluh yang ditanam sederet mudah-mudahan boleh melindungi daripada pancaran matahari petang.

    ReplyDelete
  5. tesangatlah cantik....rumah saya english @ resort concept...hubby yang uruskan ! bini dia tak pandai @ tak pakar...credit to him

    ReplyDelete
  6. kak hajah nora...
    saya pun suka buluh... dah tanam dalam pasu... nanti nak tambak lg...

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum kak Nora,
    Boleh juga tanam buluh Madu..boleh ambil rebung selalu ..cantik , menghijau, rimbun.
    Kat rumah mama nadz tanam kat halaman..teduh juga..tapi jiran tanam sebaris askar mcm kak Nora kat tepi rumahnya..indah menghijua..dan kami selalulah menggulaikan rebung madu ni..

    ReplyDelete
  8. Salam nadz,
    Satu cadangan yang baik. Ada hasil selain mengindahkan halaman serta memberi teduhan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.