Kuih Ku

maaf, kabur
Kuih Ku, kuih tradisi orang Melayu. Asalnya mungkin daripada Baba Nyonya dengan panggilan Ang Ku Kuih. Diperbuat daripada tepung pulut dan berinti kacang hijau (kalau ada lebihan bubur kacang hijau yang dipekatkan, boleh jadikan inti, he,he...)Jangan tanya saya cara membuat. Sorry, saya tak pandai , makan sukalah. Kuih Ku ada berbagai bentuk dan corak , seperti di atas, bentuk bulat, corak bunga ros. Jadi kita namakan dia Kuih Ku Bunga Ros. Coraknya dihasilkan dengan mengepit dengan sejenis alat pengepit. Kepit sikit permukaannya dan bentukkan bunga ros. Ada yang bentuk bujur panjang. Corak permukaannya pula kerinting (tak sekata).Dengan menggunakan beberapa mayang bunga pinang, balut keliling bentuk tadi dan tekan sikit. Tak ada pula imejnya nak saya jelaskan. Kalau kita pergi ke blog Mat Gebu ada ditunjukkan cara membuat Ang Ku Kuih. Bezanya antara adunannya ialah campuran tepung pulut dengan keledek. Ini imejnya. Ada acuan khas untuk dapatkan bentuk.

Satu masa dulu, agak-agak tahun 60'an, bila ke KL (jika ada kenduri)  saudara mara mesti pesan bawa Kuih Ku dari Melaka. Kata mereka, orang Melaka pandai buat kuih (tak semua!). Masa dulu kan barang-barang buat kuih murah..terasalah manisnya, lemaknya......mewah...jadi kuih-kuih pun sedap rasanya.

PS. Untuk makluman, Kuih Ku Bunga Ros ada buah tangan salah seorang ex classmate my niece. Mereka (adalah dua buah kereta) ada gathering kecil petang tadi di rumah niece. Ex classmate dia tu orang Melaka, so bawa salah satu kuih kesukaan orang Melaka...Kuih Ku :=)

5 comments:

  1. salam kak Hajjah Nora..saya pun suka kuih ni..tapi dah lama sangat tak makan..pernah makan masa sekolah2 dulu je..sekolah ditampin..kan sempadan melaka tu..

    ReplyDelete
  2. Memang Kuih Ku ni warisan orang Baba Nyonya Melaka, kan?
    Kuih ni manis, liat-liat. Susah nak cari di KL ni. Mungkin kurang peminatnya kot.

    Kalu masa kecik dulu, ada juga mak saya buat kuih seakan ini, kami panggil Kuih Balung Ayam, tapi tidak colorful mcm Kuih Ku.

    ReplyDelete
  3. Salam Erna,
    Dulu kuih ni 'gemuk' 'berisi'. Di Melaka masih lagi dijual di warung-warung kuih dalm bentuk yang comel-loteh.

    ReplyDelete
  4. Salam Azie,
    Betul, Kuih Ku warisan BabaNyonya tetapi telah diubahsuai oleh orang kita.Sedap macam Kuih Koci.

    ReplyDelete
  5. Assalam.. Mn nak dpt acuan kepit ros tu.. Merata cr kat area semenyih x jumpa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.