Biar betul, abang. Tahun lalu Nek Lang nak ajar abang, abang tak nak, .Banyak bermain. Tapi saya sukalah semangat dia, nak belajar. Dia di Tahun 2 tahun hadapan. Dia kata nak tuisyen Bahasa Inggeris.
"Okey. datang selepas solat zohor, bawa buku tulis serta pensel."
'put one finger after every word' |
'as you write, spell the word' |
'now, please read what you have written' |
'Balik rumah nanti, baca pada ibu apa yang abang tulis, ye'
Pagi tadi, saya tanya ibunya ada tidak abang buat apa yang saya suruh?
Dengan senyum ibunya berkata "Dia kata, ma....tengok ma...abang baca..nek Lang ajar abang baca,'
Nampak gembira di wajahnya, Semoga abang akan terus datang belajar.
Kelas selepas zohor hari ini , bahan bacaan yang lebih mudah akan digunakan...siri buku yang ada gambar beetle merah bertompok hitam tu!
Harap-harap dia akan hadir. Maklumlah cuti sekolah.
Semoga abang bertambah konfiden penggal sekolah tahun baru nanti.
"Once a teacher, always a teacher"