Doa Pengantin Baru

Salam semua.
Memang banyak kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ini. Hari Ahad 31 hb Mei, berapa banyak jemputan yang kami terima. Kad pula macam-macam bentuk dan rupa. Siap dengan doa dan syair buat kedua mempelai. Antara yang menarik (untuk renungan kita semua...hu3)

...Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai
diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan

mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri
tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,

dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin

Hai, teringat lagu 'Direnjis renjis dipilis, Ditepungi air mawar...........'

2 comments:

  1. 30 & 31 Mei, mula musim cuti sekolah. Kita mula cuba memenuhi jemputan kahwin yg datang dari macam-macam penjemput - kenalan baru, sdra mara & rakan lama; yg dekat & yg jauh, yg akrab & yg tak berapa akrab. Kalau nak kata "tak payah pergilah yg tu" agaknya Pn Hjh gunakan asas apa, ya? Saja nak survey "tingkahlaku menerima jemputan" di kalangan orang-orang kita. Salam & terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Temuk,
    Saya pilih pertama, saudara. Kedua, jiran atau dekat rumah (itu pun kalau kenal tuan rumah/pengantin), ketiga, rakan yang rapat. Kalau jauh tak pergi. Ada jemputan pula, letak saja kad di kotak surat dan tak tulis nama dalam kad. Tak kenal yang menjemput. Tak pergilah. Itu saje.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.