Salam semua.
Saya tumpang sekaki kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah. Saya sukarela menjadi pemain alat muzik ini, entah apa nama nya, yang mengeluarkan bunyi "cik. cik. cik" bila di goyang mengikut rentak atau beat lagu. Enjoy, budak kecik pun boleh buat. Tapi kalau tak ada 'telinga muzik' boleh ke laut perginya. Bak kata Sarimah Ibrahim "Benanah telinga". Teringatlah masa berada di sekolah rendah satu masa duluuuuuuuuu. Saya dalam kumpulan 'percussion band' sekolah. Main 'clapper', juga di tepuk atau di hentak pada tapak tangan, dan keluarlah bunyi 'clap, clap, clap' ikut arahan 'conductor' band. Dalam kumpulan hadrah tadi ada kompang, gendang, marikas , tamborine mengiringi penyanyi-penyanyi veteran. Sedap dan meriah majlis tau dengar lagu-lagu berbentuk nasyid. Ada juga lagu-lagu nostalgia tetapi merupakan nasihat dan kasih sayang. Imej-imej berikut diambil sewaktu kumpulan Hadrah menghiburkan pelawat-pelawat LKPI Port Dickson di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharahdi Bukit Katil, Melaka. Pemain-pemain kompang hari tersebut, tangkap muat sebab tak cukup korom. Mereka adalah anak-anak rumah ini. Sudah di tegaskan oleh Ketua Kumpulan, anak-anak ini sebagai pelapis dan akan meneruskan Hadrah bila yang veteran ini sudah tiada lagi. Menakutkan!!!
kak
ReplyDeletesaya pun suka dengar hadrah ni..sedap sikit bunyi nasyid tu...saya ni pun geng kump marhaban kat kg ni..ada ura ura nak tubuh kan kump hadrah ni tapi entah bila...
akak sihat ke...kat tempt saya ni sekarang berasap je...api dan asap keluar dari tanah...fenomena biasa musim panas...
best....aktif kan diri...join komuniti dengan aktiviti sihat gini.
ReplyDeleteEzzah,
ReplyDeleteAsap dan api keluar dari tanah? Eeee menakutkan, macam kisah drama pula.
Acik,
ReplyDeleteBarulah dapat kenalan baru, luar daripada pendidikan formal.