Bawal

Salam semua.

Anda tahu tak asal perkataan 'kain bawal'? Ada tudung bawal Jepun lah, bawal Korea lah, bawal kelas satu, kelas tiga dsbnya. Sebenarnya 'kain bawal' senama dengan 'kain voile' atau kain kasa. Kainnya nipis, lembut, halus (ada juga yamg kasar) Selalau kain ini dibuat baju kebaya sulam pendek, kebaya nyonya. Tudung pun tudung voile. Jadi orang kita agaknya susah nak sebut 'voile' sebutlah 'bawal'.

Nah ini pula masakan 'bawal tiga rasa'. Bukannya satu dish tiga rasa tetapi tiga dish dengan 3 rasa, akibat daripada 3 rasa yang berbeza. Ada yang suka chinchuan, ada yang suka masakan kicap dan ada yang suka goreng kunyit sahaja. Bawal goreng kicap tu, ada kawan beli. Yang 2 lagi tu, tahu-tahulah.

Sekian dulu. Jumpa lagi.

6 comments:

  1. amboi kak, sampai 3 jenis rasa akak masak... ..rajin nya....

    kak, minggu depan saya ada di Bemban, Melaka..ada anak sedara aziz kawin...ingat tido kat bandar Melaka saja malam tu...so boleh kita dating tak....cakap ngan ms hart sekali ya....kalau tak ada apa hal laa....

    ReplyDelete
  2. Apa hal cerita pasai bawal ni? dari kain bawal pergi sampai ikan bawal lak! Ni,yang buat I terliur nak makan ni!
    Kalau I tau you suka ikan bawal, I akan hidangkan ikan bawal 5 rasa kat you waktu datang rumah I semalam.
    Tulah tak cakap awal2.
    Kalau tak, tentu I pecah rekod, kita sarapan dengan meratah ikan bawal Ikan bawal 5 rasa kalau makan hingga menjilat jariiiiiiiiii!!

    ReplyDelete
  3. oooh....tu ke asal nama tudung bawal..ingatkan dari nama ikan bawal tu..thanks for the info.

    lama tk makan ikan bawal ni.... sodap nampak eehh tuh..

    ReplyDelete
  4. Ezzah,
    Boleh saje.Welcome, welcome. Tapi minggu depan tu hari apa ye, Ezzah?

    ReplyDelete
  5. Norbi,
    Aku tahu kau suka dan pandai masak. There will be a next time. Apa agaknya 5 rasa tu ye?

    ReplyDelete
  6. Acik,
    Dulu saya pun blur juga asal usul kain tudung 'bawal' tu. Bila fikir-fikir semula , hey, ada connectionlah dengan 'voile'

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.