Mei yang Ceria

Salam semua.

Bulan Mei adalah bulan paling banyak hari yang diraikan. Bermula dengan Hari Pekerja (dulu-dulu dikenali dengan Hari Buruh? What Labour?), then we have Hari Jururawat, Hari Ibu, Hari Belia (kat MITC Melaka you). Hari ini HARI GURUUUUUUUU!!! Selamat Hari Guru,cikgu-cikgu sekelian.

Terkenang semasa dulu.

1. dapat banyak hadiah. Suka. Tapi the most popular teacher dapat hadiah terbanyak (kalau sekolah all girls macam sekolah saya dulu, guru GSTT, young handsome sir , yang popular!)

2.cg-cg di raikan dengan segala hormatnya, diarak dengan kompang bagai.

3. badan pengawas yang arrange programme Hari Guru Sekolah dengan segala surprise mereka.

4.cg dan pelajar suka bersama dalam sukanika, konsert.

5. jamuan Hari Guru. Best.

6. sekolah setiap tahun dapat anugerah peringkat daerah dan negeri. Tahniah. Happy sangat!!

7. nyanyi Lagu Hari Guru (macam lagu kebangsaan lah),"Kami Guru Malaysiaaaaa....Berikrar dan berjanjiiiiiiii, Mendidik dan memimpinnnnnnn, Putera puteri negara kitaaa!!!...." dengan penuh semangat dan bangga!!!

7. ada juga cg-cg yang lepas acara perasmian, duduk di bilik guru yang sejuk, air cond.,sambil tanda buku atau bersembang. Hai, ni kan hari guru, have funlah cg. Ini yang pengurusan tak suka!



Sekarang segalanya tinggal kenangan. Tengok lah sebagai pemerhati luar. SMS ucapan kepada rakan-rakan. Ada pula 'anak murid' yang kena ingatkan "Tak nak ucap Selamat Hari Guru ke?" lantas kejap lagi dia jawab " Salam cikgu. SELAMAT HARI GURU! Sori lmbt wish, tak ada kredit. Anak murid cg Siti Emi Aminah anak Aunty saya Pn Rohani pun wish jugak. Terima kasih sayang.". Ah, yang "sayang' tu yang mahal sekali anak murid ku. Walaupun saya tak mengajar anda, tapi anda seorang old girl (bekas pelajar) sekolah yang sangat hormat kepada guru-gurunya atas nama sekolah yang kita sayang. Sekarang 'anak murid'ku menjadi rakan cyber, rakan sms dan rakan email walaunpun tak pernah bersua muka dan mendengar suara. Bila ye?

Satu lagu ialah Hari Guru setiap tahun menjadi ingatan dan kenangan. Sebab? Pada malam 16hb Mei 1973 (iaitu pada 15hb Mei) bapak (ayah saya) yang kami sayangi dan hormati telah pergi buat selama-lamanya. Jasamu dikenang bapak. Semoga roh bapak sentiasa di rahmati Allah dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah buat bapak......

12 comments:

  1. Selamat Hari Guru buat Cikgu Noralenna.. jasa cikgu bukan sahaja di kenang sewaktu kita masih bernyawa tapi juga sebagai passport utk cikgu masuk ke Alam Syurga kerana ilmu yang bermanafaat tak kan hilang keberkatannya.

    Salam Syg dari bekas cikgu juga...cikgu olok2 (guru sandaran) .. Cikgu Noralina (berkat kita punya nama yang sama cuma ejaan yg berbeza)... : )

    ReplyDelete
  2. SELAMAT HARI GURU ALANG..SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERKATI ALLAH. GURU-GURU SEANGKATAN DIRIMULAH YG TELAH MENDIDIK DAKU HINGGA BERJAYA PADA HARI INI. JASA KALIAN TETAP DIKENANG HINGGA KE HUJUNG NYAWA.

    ReplyDelete
  3. Leka,
    Terima kasih Ummi. Maniskan nama kita.Jumpa adik di kenduri. Saya beri idea adik bagaimana beri ucapan hari ibu kepada ummi dia.Dia pun dah war-warkan sesuatu hujung bulan ini.

    ReplyDelete
  4. Salam Amy Sensei,
    Terima kasih atas ucapan.

    ReplyDelete
  5. Cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

    termenitis air mata !!!!

    SAYANg CIKGU !!!!!!

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Guru dari saya.
    Once a teacher, a teacher forever...

    ReplyDelete
  7. kak
    saya dah ucap kan selamat hari guru buat akak kat blog saya , kan...

    betul kata cg sharifah,,once a teacher, forever a teacher.....

    ReplyDelete
  8. Vy,
    Vy sayang cg, cg pun sayang vy.

    ReplyDelete
  9. Cg Sharifah,
    Guru adalah segala-galanya. Suka jadi cg. Bila dah retire. masih dipanggil 'cikgu' juga

    ReplyDelete
  10. Ezza,
    Te...ri...ma...Ka....sihhhh, Ezzah

    ReplyDelete
  11. acik pun nk wish gak....selamat Hari Guru pada smua guruuu kat sini dan di luar sana yg acik lupa nak wishh...err..tk baek lupa kan...sorry laa...

    acik aritu dah wish kat cikgu acik yg ngajar masa sekolah menengah..dia jawab balik dgn doa2 untuk kejayaan acik....rsa nak menitik lak air mata acik nihh....sobbss..

    ReplyDelete
  12. TQ acik. Baguslah acik ni. Ingat cikgu dia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.