Segera


Salam semua.

Nak perkenalkan snek segera ini. Kata kakak namanya Kuih Mantop. Makanan segera, defroze dulu, kemudian kukus. Bila masak, sejukkan dulu. Saya belum rasa Mantop lagi tapi kakak kata macam makan kuih pau tanpa isi. Iddin dah makan satu. Saya tanya dia sedap ke? Dia jawab "Dah tak ada makanan lain!"


Yang ini pula, pecal. Saya sediakn pada petang Sabtu lalu untuk dinner 2 orang. Selalu pecal untuk makan lunch kan? Salad orang Melayu. Senang aje buat kuahnya (untuk orang 'rajin' macam sayalah!) Beli yang 'rebus satu paket ke dalam air didih selama 5 minit'. Segera juga! 5 minit dapat kuah pecal tapi kacangnya punyanya halus. Taugeh, kangkung, kentang, rebus dulu. Tempeh, tahu, goreng. Telur, gunakan telur berkat undangan kahwin (kan musim sekarang). Cukuplah tu, kenyang juga sebagai dinner malam Sabtu. Tak makan nasi pun.


Cepat dimasak, sedap dimakan, harga pun sedap juga!!!

4 comments:

  1. aah ye,,tak pernah jumpa pulak kuih tu...tapi bab pecal tu....sedap tu kal...

    ReplyDelete
  2. Lan.
    Entah, kata angah namanya kuih Mantop. Dapat bahagian frozen food kat My**n. nanti balik boleh cuba.

    ReplyDelete
  3. Ezzah,
    Cari kat My***. Rupanya ayu, warnanya lembut, isinya gebu. Tapi akak belum pernah rasa. Kalau pecal makan dengan kuah ori lagi best kan. Tambah pula keropok ikan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.