NH

Salam semua.
Saya kenal NH pada masa beliau menjalani Latihan Mengajar (sekarang dipanggil Praktikum) di SMTT, Melaka pada awal tahun 70an. Lepas tu hilang contact jumpa semula semasa menghadiri satu kursus pengurusan untuk pengetua-pengetua di IAB. Kemudian, tak ada berita. Bertahun kemudian, contact semula bila dapat tahu beliau sebagai KS di JPNM. Oleh kerana beliau sibuk dan saya pun sibuk, tak lah contact nya. Bila bersara, beliau memberi sumbangan membangunkan DMDI (sebuah kolej swasta di Melaka). Tak naklah saya ganggu dia. Jadi Rektor.Tentu busy, very busy. Satu malam, dia called. Eh? Apa mimpi NH ni? Dah tak kerja lagi ke? Nak tahu cerita datang ke rumah" . Dah lama tak jumpa dan nak berbual panjang. Esok harinya saya selesema. Tak jadi, saya ajak dia ke rumah saya pula 'dan kita boleh keluar makan' 'Eh, jangan buang duit, datang rumah aku. Aku masak. Kita boleh bercerita panjang-panjang.' Okeylah, mengalah saya. Esok drive ke rumah NH, "Siapkan breakfast, okey?". Rupanya NH ni walapun dah bersara, masih aktif lagi memberi ceramah sana sini. Penceramah PTK lah. Motivasi pendidikan lah. Bertenaga sungguh 'sebab aku suka pendidikan'. Dan juga sudah menulis 3 buku (betukl ke NH?) motivasi pendidikan, khas untuk warga pendidik. "Bukan teori, sebab orang tak mahu teori tapi cerita pengalaman aku dalam dunia pengetua dan cikgu". Dan NH ni juga pandai masak. Ada buku masakan yang ditulisnya "Masakan Tradisi Melayu Melaka". Jadi bila saya ke Mahkota Parade semalam, saya ke kedai buku, nak cari buku-buku NH. Wow, macam goreng pisang panas!! Out of stock buku-buku NH. Adalah sebuah "Asam Pedas Gula Melaka" macam bunyi buku masakan Saya beli sebagai support kepada sahabat dan nak tahu juga cerita-ceriti dia (walaupun saya dah lama tinggalkan dunia perguruan). Tentu sedap(bagus) dan menarik cerita pengalaman NH. Buku resepinya pula baru terbit tahun ini. . 'Kau kenapa tak nak menulis?' tanya NH. "Hai bukan semua orang boleh menulis. Idea ada tapi nak duduk menulis ( hadap komputer). Kemahiran pun mesti ada. Ada ke orang na baca cerita aku?" Saya tulis kat blog aje lah, NH. Cerita merapu. Satu dunia boleh baca!
Sedang blogging ni, senama dengan saya (Noralina a.k.a Leka) datang bersama suami tercinta (nah kau, leka) menjemput kenduri esok pagi di rumah mereka. Ada kenduri kesyukuran dan khatam Quran. Bad dalam masa cuti sakit 6 bulan, sempat khatam Quran 2 kali!
Okeylah, pembaca budiman, berhenti dulu. Nak kemas dapur pula. Kan hari ini hari Jumaat, my sis ada kelas diikuti dengan jamuan ringan.

NH itu...Pn Hjh Norbi binti Hussein, sekarang ini tokeh sebuah butik comel!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.