Pencegahan

Salam semua.
Pagi tadi Melaka hujan lagi. Sejuk. Hidung saya mula siut, siut, sniff, sniff. Jangan lah selesema, sebab hari ini saya nak kemas rumah, nak sapu dan mop. Cepat-cepat saya ambil garlic pearl dan minum air suam. Sesudah ambil wuduk untuk solat subuh, dengan segera saya keringkan kaki, supaya tidak sejuk. Tapi hidung berair....chot....Janganlah melarat. Nak mop rumah ni! Pencegahan lagi. Bila saya nak mop rumah, hujung kaki seluar panjang dilipat tinggi-tinggi sampai lutut, takut basah hujung seluar, kain lembap, nanti bersin lagi. Hai, orang lalu lalang kat jalan nampaklah 'bibik kehormat ni' rajin mop rumah hujan-hujan ni. Yes,saya pakai selipar juga. Selalu tak. Barulah kakai tak sejuk. Oh ye, semalam saya tak ambil buah betik. Nampaknya buah betik yang tak dijamah tu dah lembik kesejukan. Buah betik pemberian kawan tai-chi pun dah kuning, minta dipotong. Tapi saya ada minum fruit juice manggis (sejuk). Ini pun kena elakkanlah. Tak boleh minum ais atau minuman sejuk sebelum tidur nampaknya. Ah, bau buah bacang (ada 2 butir kakak bawa balik) pun menyusuk hidung. Elok saya sedekahkan kepada adik-adik yang jual mee goreng 'bodoh' sebelah rumah. Dengan pencegahan pagi ini, Alhamdullilah, saya tak bersin, hidung tak berair, boleh saya teruskan kerja harian saya .

8 comments:

  1. kena kuat iman bila tak mo makan buah buah tu..err pos kan kat sini kak...

    ReplyDelete
  2. moga kak nora cepat sembuh....
    menahan diri untuk mencegah itu adalah yg terbaek....

    ReplyDelete
  3. rindunya nak makan durian, manggis, betik,
    pos sket ke sini~he~

    ReplyDelete
  4. Eza,
    Pos gambar boleh? Saya je;ng-jeling kat buah betik tu.

    ReplyDelete
  5. Acik,
    Insya Allah. Sekarang ni berhati-hati. Maklumlah.

    ReplyDelete
  6. Pa'an,
    Jangan rindu-rinduan pula Pa'an. Juat dream okey. Kat sana dah nak winter ke?

    ReplyDelete
  7. Cikgu

    SELAMAT HARI GURU

    dah wish kat blog saya !!

    handphone tak der kredit ni
    hahahahahha!

    semoga cikgu dapat terus berbakti hingga ke akhir hayat!

    ini no akaun prof mki
    Acc. Maybank : MUHD KAMIL BIN IBRAHIM
    562106211166

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.