Sembunyi

Salam semua.
Sekarang macam-macam iklan disiarkan di TV. Iklan-iklan ini dicipta oleh insan-insan yang sangat kreatif. Nak tergelak ada. Ada kala nak ikut nyanyi dengan 'jingles' nya. Kanak-kanak suka tengok iklan. Mereka terpengaruh dengan produk yang diiklankan. Baby boleh berhenti menangis kalau tengok lihat dengan pelbagai warna yang terang dan menarik diiringi dengan lagu yang 'catchy'. Ada juga iklan yang boleh membuat kita percaya kepada produk yang di 'canang'kan seperti sabun cuci baju, produk kecantikan. Macam-macam lagilah.Tapi ada satu iklan yang membuat saya tersenyum simpul melihatnya. Pernah anda tengok iklan ini?
Situasi: dalam pejabat. Seorang lelaki poyo, kelihatan keliru, risau, sudah hati. Di tangan ada beberapa borang. Pandang sana sini. Tercari-cari. Mana yang dikatakan kawan? Pejabat tiba-tiba kosong, lengang, mana mereka? Oh lari,mereka lari sembunyi bila lihat lelaki ini. Ada yang sembunyi pada dinding (lekat, boleh ke?), ada yang sembunyi antara dua almari, ada yang jadi tiang lampu dan di mana-mana yang boleh sembunyi.....rupa-rupanya, kata iklan itu "Anda susah cari penjamin?" Kah, kah, kah...... Memang satu masalah kalau kita di 'approach' oleh seseorang untuk menjadi penjaminnya. Tak kiralah, saudara atau kawan. Nak jamin, susah, tak nak tolong pun susah juga. Serba salah. Ini hari dia, esok, manalah tau kan. Masalahnya bila time nak bayar balik, dia lari, dia tak mampu nak bayar balik. Kita penjamin yang dicari oleh pihak tertentu. Sampai ke lubang cacinglah. Nak makan angin ke luar negeri, nak buat umrah atau haji pun tak boleh. Passport kita ditahan. Memang susah cari penjamin dan menjadi penjamin.
Itulah, iklan tu .....memang kelakar.

4 comments:

  1. alang, an ni..
    can u ask unitati to invite me so that im able to read her blog?
    this is my email..
    soulextractor89@yahoo.com
    thx alot alang!

    ReplyDelete
  2. Pa'an,
    Take care. Hey, how come I can't link to your blog?

    ReplyDelete
  3. i also dont really know..
    by the way.
    my blog is a bit to sastera..
    hehe
    here is the link..
    http://cheriteraseorangaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Thanks Pa'an. Study hard okey, we'll pray for your success.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.