Salam semua.
Hari ini 1st June 2009. Dah setengah tahun dah, tak sedar masa berjalan sangat laju. Saya kini di Kuantan, cuti-cuti Malaysia katakan. Banyak urusan hendak diselesaikan. Kawan-kawan pula, ada yang pergi umrah, ada yang ke KB, ada yang setia bekerja (walaupun sudah bersara!). Semalam dalam perjalanan balik ke Kuantan melalui KL dan highway pantai timur, singgah lunch kat D'Paya Serai Cafe, satu tempat makan bersebelahan (attached) dengan satu petrol station, SHELL( correction: PETRONAS). Letaknya sebelum masuk ke Tol Bentong. Ini kali kedua saya singgah di sini. Kali pertama dulu, tak masuk makan pun, cuma minum teh tarik kat coffee corner. Dengar cerita je. Kali ini memang betul kata cerita itu. Macam-macam hidangan ada, yang utamanya nasi (putih, lemak, beryani, dagang, kerabu) dan beranika jenis lauk pauk dan ulaman serta sambal. Tak dapat nak senaraikan kerana banyak sangat. Kena buat survey dulu apa yang dihidanhkan.Saya makan nasi putih dengan gulai nangka diserikan lagi dengan pergedil dan ikan kembung bakar. Ada juga bubur dan snack makanan ringan seperti sandwiches, nugget dll yang sejenis dengannya. Kalaulah ada cafe seperti ini di highway Melaka-Segamat-Kuantan, alang kah bagusnya. Tapi yang buat boring pula di highway pantai timur. Mengantuknya. Panas lagi. Long, tiring journey!!!
Salam Nora,
ReplyDeleteKak Nab singgah kat d'Paya Serai Cafe tu setiap kali pulanh dari KL ke Kuantan. Pagi tadi kami breakfast kat situ. Memang banyak pilihan..tapi hari ini KN tak dapat makan lontong..tak ada!
Tapi bukan Shell ... Petronas!!
Cg Nab,
ReplyDeletePetronas ke? Ye, baru tergambar semula station tu. Maaf dan TQVM for correcting.
Terima kasih sebab sudi baca buku aku. Nanti aku nak dengar komen kau okey? Amacam kalau kita join buat satu buku lagi ?
ReplyDeleteBi,
ReplyDeleteBuka email ye.