Doa Pengantin Baru

Salam semua.
Memang banyak kenduri kahwin pada hujung minggu cuti sekolah ini. Hari Ahad 31 hb Mei, berapa banyak jemputan yang kami terima. Kad pula macam-macam bentuk dan rupa. Siap dengan doa dan syair buat kedua mempelai. Antara yang menarik (untuk renungan kita semua...hu3)

...Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai
diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof
jika kasih tak setulus Zulaikha.

Tak perlu menghatrap teman seteguh Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan

mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah,
kalau diri
tak sempurna Rasullulah (S.A.W.).
Bimbinglah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya,

dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan
agar dia akan terus
menjadi milikmu.....Amin

Hai, teringat lagu 'Direnjis renjis dipilis, Ditepungi air mawar...........'

NH

Salam semua.
Saya kenal NH pada masa beliau menjalani Latihan Mengajar (sekarang dipanggil Praktikum) di SMTT, Melaka pada awal tahun 70an. Lepas tu hilang contact jumpa semula semasa menghadiri satu kursus pengurusan untuk pengetua-pengetua di IAB. Kemudian, tak ada berita. Bertahun kemudian, contact semula bila dapat tahu beliau sebagai KS di JPNM. Oleh kerana beliau sibuk dan saya pun sibuk, tak lah contact nya. Bila bersara, beliau memberi sumbangan membangunkan DMDI (sebuah kolej swasta di Melaka). Tak naklah saya ganggu dia. Jadi Rektor.Tentu busy, very busy. Satu malam, dia called. Eh? Apa mimpi NH ni? Dah tak kerja lagi ke? Nak tahu cerita datang ke rumah" . Dah lama tak jumpa dan nak berbual panjang. Esok harinya saya selesema. Tak jadi, saya ajak dia ke rumah saya pula 'dan kita boleh keluar makan' 'Eh, jangan buang duit, datang rumah aku. Aku masak. Kita boleh bercerita panjang-panjang.' Okeylah, mengalah saya. Esok drive ke rumah NH, "Siapkan breakfast, okey?". Rupanya NH ni walapun dah bersara, masih aktif lagi memberi ceramah sana sini. Penceramah PTK lah. Motivasi pendidikan lah. Bertenaga sungguh 'sebab aku suka pendidikan'. Dan juga sudah menulis 3 buku (betukl ke NH?) motivasi pendidikan, khas untuk warga pendidik. "Bukan teori, sebab orang tak mahu teori tapi cerita pengalaman aku dalam dunia pengetua dan cikgu". Dan NH ni juga pandai masak. Ada buku masakan yang ditulisnya "Masakan Tradisi Melayu Melaka". Jadi bila saya ke Mahkota Parade semalam, saya ke kedai buku, nak cari buku-buku NH. Wow, macam goreng pisang panas!! Out of stock buku-buku NH. Adalah sebuah "Asam Pedas Gula Melaka" macam bunyi buku masakan Saya beli sebagai support kepada sahabat dan nak tahu juga cerita-ceriti dia (walaupun saya dah lama tinggalkan dunia perguruan). Tentu sedap(bagus) dan menarik cerita pengalaman NH. Buku resepinya pula baru terbit tahun ini. . 'Kau kenapa tak nak menulis?' tanya NH. "Hai bukan semua orang boleh menulis. Idea ada tapi nak duduk menulis ( hadap komputer). Kemahiran pun mesti ada. Ada ke orang na baca cerita aku?" Saya tulis kat blog aje lah, NH. Cerita merapu. Satu dunia boleh baca!
Sedang blogging ni, senama dengan saya (Noralina a.k.a Leka) datang bersama suami tercinta (nah kau, leka) menjemput kenduri esok pagi di rumah mereka. Ada kenduri kesyukuran dan khatam Quran. Bad dalam masa cuti sakit 6 bulan, sempat khatam Quran 2 kali!
Okeylah, pembaca budiman, berhenti dulu. Nak kemas dapur pula. Kan hari ini hari Jumaat, my sis ada kelas diikuti dengan jamuan ringan.

NH itu...Pn Hjh Norbi binti Hussein, sekarang ini tokeh sebuah butik comel!

Baru sedar

Salam semua.
Semalam hari ulang tahun saya. Awal pagi lagi dapat kiriman SMS daripada Azlan, kemudian Azizi, dengan ucapan dan doa. Amal , seorang artist in the making, mereka cipta, kad ucapan yang sangat kelakar. Famili yang lain pun beitu juga. Saya SMS kat JY (datang melaka semalam) pagi semalam sebelum bertolak ke melaka "Malam ini ada birthday dinner di Ikan bakar di Muara Sungai Duyung' Dia reply " Siapa?" "Saya jawab "My Birthday lah" Hai, JY ni tak ingat-ingat, dia memang seorang yang tak romantik. Tak ingat birthday orang! Dia sebenarnya ingat, tapi tak mahu tunjuk, hadiah pun tak ada, memadai dengan doa. Saya pun tak minta apa-apa daripada dia. Cukuplah dengan perhatian dan kasih sayang yang dia berikan selama ini. Malam dinner tu, makan satu famili (kecil aje ahlinya). Sambut juga birthday adik lelaki saya. Double celebration. Baru sedar diri dah tua setahun lagi! Tua? Angka aje.
Okey, JY ajak ke Mahkota Parade, nak cari apa agak nya. For sure no present for me! Bye!!

Hadrah




Salam semua.
Saya tumpang sekaki kumpulan Hadrah LKPI Melaka Tengah. Saya sukarela menjadi pemain alat muzik ini, entah apa nama nya, yang mengeluarkan bunyi "cik. cik. cik" bila di goyang mengikut rentak atau beat lagu. Enjoy, budak kecik pun boleh buat. Tapi kalau tak ada 'telinga muzik' boleh ke laut perginya. Bak kata Sarimah Ibrahim "Benanah telinga". Teringatlah masa berada di sekolah rendah satu masa duluuuuuuuuu. Saya dalam kumpulan 'percussion band' sekolah. Main 'clapper', juga di tepuk atau di hentak pada tapak tangan, dan keluarlah bunyi 'clap, clap, clap' ikut arahan 'conductor' band. Dalam kumpulan hadrah tadi ada kompang, gendang, marikas , tamborine mengiringi penyanyi-penyanyi veteran. Sedap dan meriah majlis tau dengar lagu-lagu berbentuk nasyid. Ada juga lagu-lagu nostalgia tetapi merupakan nasihat dan kasih sayang. Imej-imej berikut diambil sewaktu kumpulan Hadrah menghiburkan pelawat-pelawat LKPI Port Dickson di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharahdi Bukit Katil, Melaka. Pemain-pemain kompang hari tersebut, tangkap muat sebab tak cukup korom. Mereka adalah anak-anak rumah ini. Sudah di tegaskan oleh Ketua Kumpulan, anak-anak ini sebagai pelapis dan akan meneruskan Hadrah bila yang veteran ini sudah tiada lagi. Menakutkan!!!

Kembang

Salam semua.

Bukan selalu pokok bunga di rumah berbunga. Tapi gembira melihat ia berbunga juga setelah sekian lama menunggu.

Oooo la la la....
Sekian.

Pagi Jumaat

Salam semua.
Seperti pagi Jumaat yang lain, my sis ada kelas bahasa al Quran dengan lima orang kawannya. Terdengar bunyi suara mereka belajar nahu bahasa Arab di luar sana. Tapi diselang seli dengan cerita ceriti, sampingan. Biasalah kan. Andarogogi, mengajar orang dewasa tak boleh serious, mesti ada intermission. Saya seperti biasa juga, bertugas menyediakan bahan 'break' . Kali ini soto, tak tahulah Soto Muar atau Soto Mak Besar. Dah habis kelas pun , mereka sedang makan tu. Riuh kedengaran. Kalau tak habis, bawa balik, tapau. Saya? Tugas mengemas! Kesihan, kami makan, awak kena kemas,kata mereka, tapi kan ini juga satu kebajikan. Insya Allah.

Saya dah iktiraf bulan May bulan ceria. Banyak hari 'top-top' di 'celebrate' pada bulan May. Antaranya birthday. My brother was born in May. Ah, saya juga. Norbi pun , ye? Sudah tentu CG Zainab di Kuantan yang baru bersara. Masa di sekolah dulu, mana-mana staf yang sama tarikh birthday dengan pengetua, dapatlah kad ucapan special. Ada tu sama tarikh pula dengan pengetua. Lagi special.
Baru-baru ini, surprise juga dapat kiriman ini. Tentu anda yang menjadi 'member' JJ dapat juga kad ucapan seperti ini. Ada surprise gift lagi. Pada kad tersebut tertulis lah

Wishing Our Dearest Members



Ada juga bookmark special.....disenaraikan personality May people.



Highly motivated (me? ,yes!)

Loves attention (me? Masih mengajar dulu yelah. Suka murid-murid pay attention? So I love attention. Now attention. Ada juga lah. Tapi pada yang tersayang)

Systematic (me? but of course, mesti ikut system, Step 1, Step 2,Step 3....)

Understanding (me? banyak sekali, berkorban apa saja. you!)

Restless (me? bila boring buat lah apa kerja yang patut)

High spirited (me? Yes ,not so high lah, berpada-pada)

A spendthrift (me? Bila terpengaruh. Tapi mesti jimat cermat untuk masa depan (dibaca 'tua')

Hai nak ambil hati pelanggan (ada share, kan?). Tapi bila ke kaunter "JJ member card" nak ambil free gift, apa yang dapat? Cuma satu booklet kupon tawaran dan diskaun. Tak ada maknanya pada saya. Orang Melaka kata 'Cekik darah' adalah. Yang memberi service pun tak wish kita "Happy Birthday". Hai, indah khabar dari rupa, JJ.
Anyway. A Great Happy Birthday to ALL May people.
See you.

Bawal

Salam semua.

Anda tahu tak asal perkataan 'kain bawal'? Ada tudung bawal Jepun lah, bawal Korea lah, bawal kelas satu, kelas tiga dsbnya. Sebenarnya 'kain bawal' senama dengan 'kain voile' atau kain kasa. Kainnya nipis, lembut, halus (ada juga yamg kasar) Selalau kain ini dibuat baju kebaya sulam pendek, kebaya nyonya. Tudung pun tudung voile. Jadi orang kita agaknya susah nak sebut 'voile' sebutlah 'bawal'.

Nah ini pula masakan 'bawal tiga rasa'. Bukannya satu dish tiga rasa tetapi tiga dish dengan 3 rasa, akibat daripada 3 rasa yang berbeza. Ada yang suka chinchuan, ada yang suka masakan kicap dan ada yang suka goreng kunyit sahaja. Bawal goreng kicap tu, ada kawan beli. Yang 2 lagi tu, tahu-tahulah.

Sekian dulu. Jumpa lagi.

Pagi Rabu

Salam semua.
Bandaraya Melaka Warisan Dunia dilanda hujan lebat dan angin kencang lagi awal pagi tadi. Sejuk. Hidung siut-siut. Tapi dalam kawalan. Apa nak sarapan pagi ini ye? Ada mood rajin sikit. Oh, dah lama tak makan nasi goreng. Nasi sejuk ada, ikan goreng lebihan semalam ada, mixed vege ada, bawang putih dan bawang merah, cili hidup, ada. Apa lagi, dapatlah nasi goreng ikan mixed vege. Sedap, kata sis.


Ni apa pula? Meter paip berderet menarik perhatian saya. Inilah keadaannya di kampung-kampung kalau rumah nun jauh dari jalan utama, terpaksalah meter paip rumah diatur begini. Batang-batang paip (sekarang PVC) pusing-pusing macam ular ke rumah masing-masing. Kata orang Melaka "Ular melengkau tepi pagau"

Gooooody




Thanks to NORDIN GROUP for the goody bag (sempena perasmian office baru). Wow! The new office looks great!





Full of surprises!( Especially for kawan-kawan emak)

Updated!

Baru baca METRO Ahad 17 Mei 2009. Rupanya hari ini adalah Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia. 'Bersama meraikan sumbangan internet yang telah merubah corak hidup kita dengan menghubungkan Malaysia( saya: menghubungkan saya dengan kawan-kawan bloggers) kepada dunia dan mengukuhkan perpaduan sesama kita'

Mei yang Ceria

Salam semua.

Bulan Mei adalah bulan paling banyak hari yang diraikan. Bermula dengan Hari Pekerja (dulu-dulu dikenali dengan Hari Buruh? What Labour?), then we have Hari Jururawat, Hari Ibu, Hari Belia (kat MITC Melaka you). Hari ini HARI GURUUUUUUUU!!! Selamat Hari Guru,cikgu-cikgu sekelian.

Terkenang semasa dulu.

1. dapat banyak hadiah. Suka. Tapi the most popular teacher dapat hadiah terbanyak (kalau sekolah all girls macam sekolah saya dulu, guru GSTT, young handsome sir , yang popular!)

2.cg-cg di raikan dengan segala hormatnya, diarak dengan kompang bagai.

3. badan pengawas yang arrange programme Hari Guru Sekolah dengan segala surprise mereka.

4.cg dan pelajar suka bersama dalam sukanika, konsert.

5. jamuan Hari Guru. Best.

6. sekolah setiap tahun dapat anugerah peringkat daerah dan negeri. Tahniah. Happy sangat!!

7. nyanyi Lagu Hari Guru (macam lagu kebangsaan lah),"Kami Guru Malaysiaaaaa....Berikrar dan berjanjiiiiiiii, Mendidik dan memimpinnnnnnn, Putera puteri negara kitaaa!!!...." dengan penuh semangat dan bangga!!!

7. ada juga cg-cg yang lepas acara perasmian, duduk di bilik guru yang sejuk, air cond.,sambil tanda buku atau bersembang. Hai, ni kan hari guru, have funlah cg. Ini yang pengurusan tak suka!



Sekarang segalanya tinggal kenangan. Tengok lah sebagai pemerhati luar. SMS ucapan kepada rakan-rakan. Ada pula 'anak murid' yang kena ingatkan "Tak nak ucap Selamat Hari Guru ke?" lantas kejap lagi dia jawab " Salam cikgu. SELAMAT HARI GURU! Sori lmbt wish, tak ada kredit. Anak murid cg Siti Emi Aminah anak Aunty saya Pn Rohani pun wish jugak. Terima kasih sayang.". Ah, yang "sayang' tu yang mahal sekali anak murid ku. Walaupun saya tak mengajar anda, tapi anda seorang old girl (bekas pelajar) sekolah yang sangat hormat kepada guru-gurunya atas nama sekolah yang kita sayang. Sekarang 'anak murid'ku menjadi rakan cyber, rakan sms dan rakan email walaunpun tak pernah bersua muka dan mendengar suara. Bila ye?

Satu lagu ialah Hari Guru setiap tahun menjadi ingatan dan kenangan. Sebab? Pada malam 16hb Mei 1973 (iaitu pada 15hb Mei) bapak (ayah saya) yang kami sayangi dan hormati telah pergi buat selama-lamanya. Jasamu dikenang bapak. Semoga roh bapak sentiasa di rahmati Allah dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah buat bapak......

Pencegahan

Salam semua.
Pagi tadi Melaka hujan lagi. Sejuk. Hidung saya mula siut, siut, sniff, sniff. Jangan lah selesema, sebab hari ini saya nak kemas rumah, nak sapu dan mop. Cepat-cepat saya ambil garlic pearl dan minum air suam. Sesudah ambil wuduk untuk solat subuh, dengan segera saya keringkan kaki, supaya tidak sejuk. Tapi hidung berair....chot....Janganlah melarat. Nak mop rumah ni! Pencegahan lagi. Bila saya nak mop rumah, hujung kaki seluar panjang dilipat tinggi-tinggi sampai lutut, takut basah hujung seluar, kain lembap, nanti bersin lagi. Hai, orang lalu lalang kat jalan nampaklah 'bibik kehormat ni' rajin mop rumah hujan-hujan ni. Yes,saya pakai selipar juga. Selalu tak. Barulah kakai tak sejuk. Oh ye, semalam saya tak ambil buah betik. Nampaknya buah betik yang tak dijamah tu dah lembik kesejukan. Buah betik pemberian kawan tai-chi pun dah kuning, minta dipotong. Tapi saya ada minum fruit juice manggis (sejuk). Ini pun kena elakkanlah. Tak boleh minum ais atau minuman sejuk sebelum tidur nampaknya. Ah, bau buah bacang (ada 2 butir kakak bawa balik) pun menyusuk hidung. Elok saya sedekahkan kepada adik-adik yang jual mee goreng 'bodoh' sebelah rumah. Dengan pencegahan pagi ini, Alhamdullilah, saya tak bersin, hidung tak berair, boleh saya teruskan kerja harian saya .

Mengapa saya selalu selesema?


Salam semua?

Saya sangat suka buah betik. Bila ke kedai buah, the first fruit saya pilih ialah betik atau papaya, macam=macam jenis ada sekarang ini kan? Yang isi warna merah jenis Hong Kong, yang kecil comel, jenis Hawaii. Bila habis stok aje, saya akan cari buah ini. Bila potong buah ini, saya potong kecil-kecil ,senang masuk mulut. Selalunya saya boleh makan separuh at one sitting selalunya selepas makan atau bila terasa lapar. Dan waktu malam pula tu, hadap TV tengok Diari AF7. Makan buah betik memudahkan kita 'membuang' esok pagi, khasnya bila saya minum banyak air teh. Adakah ini puncanya saya selalu selesema? Sebenarnya banyak sebab lagi. Antaranya: Asap (bukan 'as soon as possible") seperti asap rokok, asap kenderaan, asap kayu api bila kontraktor masak dekat rumah buat rewang, asap bakar sampah. Saya alahan kepada habuk, kepada 'bau' potong rumput, udara sejuk dan lembab. Tak boleh juga kena cahaya matahari yang sedang naik (jam 8 - 9 pagi). Waktu kerja dulu, kalau stress, banyak kerja nak buat, kenalah selesema. satu lagi, saya bersin kalau ada bau minyak wangi (yang mengancam baunya). Kalau gi mesjid, ada jemaah pakai minyak attar, ah, kena lah acuuuum saya.Kena jaga diri baik-baik. Kadang-kadang selesema saya berpanjangan satu hari tetapi tak ada temperature, tak demam, tak pening pun. Cuma hidung tu berair dan bersin perpanjangan. Sampai suami pun jauhkan diri. Cara mengatasi, ambil medication, minum air banyak-banyak dan tidur. Boleh hilang. Tapi saya kena awasi juga. So now, saya nak buat kajian adakah dengan makan buah betik, saya akan selesema. Yalah buah ni sejuk, mereka yang ada penyakit lelah tak digalakkan makan buah ni. Kakak pula tahu saya suka buah betik. Dia pun beli. Baru ni kawan tai chi beri pula sebiji. Eh, siapa nak habiskan ye. Agaknya saya boleh ambil tapi jangan melampau dan jangan disejukkan dalam fridge. Makan fresh.

Dah tiga hari saya tak makan betik waktu malam. Semalam makan sikit waktu lunch. Hari ini tak selesema pun. Tapi mohon Allah, berilah saya kesihatan yang elok . Susah juga bila selesema. Hidung asyik berair aje, tak selese solat, nak hadir perjumpaan pun rasa segan, takut berjangkit. Kena baring je. Sambil tu saya ada ambil supplement untuk megurangkan (atau mengelakkan) selesema ini (my friend?).

Pagi ini, bolehlah saya ke JJ kejap, nak tengok apa yang ada.

Raksasa VS Ultraman

Salam semua.
Panaskan hari ini? Dan juga setiap hari dan malam. Ozon dah nipis, dah nipis.
Apa story raksasa vs ultraman pula? Sebenarnya saya sedang intermission a.k.a laluan iklan, rihat sebentar. Sekarang permainan baru dengan hero kecil kat rumah ni, perlawanan raksasa dengan super hero dia tu. Siap ada sound effect bunyi raksasa mengaum serta tangan pusing-pusing ke atas, ke bawah tapi tak boleh duduk (arahan tuan direktor). Tak boleh masuk 'gua' (my bedroom, lari nak escape). Pintu gua di tutup. Oh ultraman must win one. Dia dengan whish, whoosh, whissh. Dia full of action macam real aje. Suka tengok dia ketawa bila raksasa tawan dan letak kepala raksasa ke kepala ulraman. Okey direktor dah panggil."Nek Lang cepatlah main!"

Segera


Salam semua.

Nak perkenalkan snek segera ini. Kata kakak namanya Kuih Mantop. Makanan segera, defroze dulu, kemudian kukus. Bila masak, sejukkan dulu. Saya belum rasa Mantop lagi tapi kakak kata macam makan kuih pau tanpa isi. Iddin dah makan satu. Saya tanya dia sedap ke? Dia jawab "Dah tak ada makanan lain!"


Yang ini pula, pecal. Saya sediakn pada petang Sabtu lalu untuk dinner 2 orang. Selalu pecal untuk makan lunch kan? Salad orang Melayu. Senang aje buat kuahnya (untuk orang 'rajin' macam sayalah!) Beli yang 'rebus satu paket ke dalam air didih selama 5 minit'. Segera juga! 5 minit dapat kuah pecal tapi kacangnya punyanya halus. Taugeh, kangkung, kentang, rebus dulu. Tempeh, tahu, goreng. Telur, gunakan telur berkat undangan kahwin (kan musim sekarang). Cukuplah tu, kenyang juga sebagai dinner malam Sabtu. Tak makan nasi pun.


Cepat dimasak, sedap dimakan, harga pun sedap juga!!!

Hi T Hari Ibu

Salam semua.



Tak terlambat saya ucapkan SELAMAT HARI IBU. Dah dakap ibumu?
Saya dapat undangan. Undangan High Tea (Hi Tea). Kak Hjh Pipah yang belanja. Terima kasih Kak Hjh Pipah! Murah hati mu.





Backdrop majlis
Di mana?

Di sini. Tempat special, tau.
Sesampai ,kami diberi sekuntum bunga mawar merah as door gift. Saya dah agak mesti bunga rose. Thank you. thank you.




Ini dia menu jamuan.Ada jajan juga. Semua siap sedia, kecuali air. Air mineral sebotol? Mana cukup. Kari ayam roti jala pun coming soon. Lapar juga dibuatnya lihat kuih muih ini. Sambil menunggu "silalah makan" kami kudap jajan dulu. Hi Mt Potato and Maggie. Tapi belum sempat dipersilakan, ada antara 'meja-meja' tu dah mula makan. Lapar. Dah masa tea, makan jelah. Mujur tak duduk di meja hadapan, dekat VVIP.


Jumpa siapa? Bila dah ramai tu, jumpa sahabat taulan. Ceria!! Gembira ibu-ibu semua!!!



Yang datang dari KL pun ada. Melaka tempat bermain katakan.
Ada Persembahan Koir. Penat praktis lagu 3P dan satu lagu lama,lupa namanya tapi lagu klasik nasional lah. Bagus tapi ada masa pitching lari! Ah, tak ingat senikata ya. Kalau kat sekolah dah kena dah!


Perkumpulan Perempuan, na, na, na na......

Di ikuti dengan bacaan doa..


Pn Sharifah: Kak Nora, gigil lah. Tak pernah lagi!
Kak Nora : Cool down. Tarik nafas, tarik nafas
Sudah itu, dengarlah pula ucapan VIP dan ucap utama VVIP
blah...blah....blah.....beri nasihat kepada yang bergelar ibu.

Sekarang, Fokus utama....Anugerah 'Ibu Ratu Hatiku'. Ada tiga orang penerima. Antara penerimanya ialah ....

Pn Sri Halijah, seorang ibu yang gigih dan tabah, aktif dalam persatuan, pandai urus rumah tangga dan mendidik anak-anak, walaupun diri sendiri tak tamat sekolah (kena pinanglah) pada masa umur beliau......tahun (biarlah rahsia)
Tapi anak-anak semua berjaya. Terima kasih mak. Sayang mak. Sayang anak-anakku.
Mak dan apak bangga dengan kamu semua.
The Happy dan proud (bangga) family. Tiru macam saya, anak lapan, semua berjaya.
Alhamdullilah.
Sambil tu, ada....
Persembahan, menarik seperti Dikir Puteri.
Sorry, imej gelap banyak
Ada lagi persembahan lain. Mak-mak, ibu-ibu, menari, menyanyi dengan gembira, hari mereka kan. Biarkan. Biarkan Sekali-sekala. Ada cabutan meja bertuah juga.
Tetapi, diam-diam kami tinggalkan majlis.
Hari dah petang.
InsyaAllah, jumpa tahun depan.....
SELAMAT HARI IBU!








Treasure Hunt


Salam semua.
Kertas apa pula ni? (imej di atas)
Nak kongsi hasil kreativiti Amal satu petang (rihat, penat nak menghabiskan 'homework')
Amal: Nek Lang, mari main Treasure Hunt.
Me : Okey.
Dia beri saya 'clue' ini. (lihat kertas catatan 'clue' pada imej, cara di gunting dan 'crumpled'))

This is a place with lots of fruit,

The fruits are very hairy.

The next clue is under a tree,
(Under the fruit tree of course.)

It's behind my grandmother's house,

The tree is very big.

The fruit tastes yummy.



Think....what is the next clue.

You have found the clue,
It is under a plant.
The plant has purple 'butterfly wings'
It has no leaves at all.,
It's beside a Suzuki car,
We can pick the 'wings'

What is the treasure?


Sebenarnya nak kongsi maklumat tentang kreativiti yang ada pada Ms Amal or Ms Debb. She's a dreamer with sorts of ideas. Pandai dia describe tempat di mana so called treasure tersembunyi. Amal and Iddin punya lah suka Nek Lang dapat 'treasure' .
Itulah kisah satu petang.

Motorbike?

Salam semua.
Talking about creativity, 'out of the box', okey. Look at our friend here,


with some clothe pegs, and sturdy, small fingers....(excuse, the dirty feet)

fixing the pegs to each other, turning them into colourful 'jet pejuang'. "No lah Nek Lang, motosikal ada power." Later, his 'bikes' will have a 'fight' with mine, complete with sound effect.



The pegs (actually a single peg) can be an alternative to a ball too. He and his 'friend', Nek Lang, will be competing, kicking the miserable little peg into the so called 'goal'. Of course, he'll score the most goal. Hey, can make pistol too!

Hai, habislah pengepit baju Nek Ngah!

Happy birthday to yoooouuuu


Dear all.

Today is my younger brother's birthday.

so let's sing the evergreen...


Happy birthday to yooouuuu,

Happy birthday to yooouuuu,

Happy birthday to Tok Shau,

Happy brthday to yooouuuu.


Semoga panjang umur, murah rezeki dalam kesihatan yang elok jua.
Amiiiinnn.

Sembunyi

Salam semua.
Sekarang macam-macam iklan disiarkan di TV. Iklan-iklan ini dicipta oleh insan-insan yang sangat kreatif. Nak tergelak ada. Ada kala nak ikut nyanyi dengan 'jingles' nya. Kanak-kanak suka tengok iklan. Mereka terpengaruh dengan produk yang diiklankan. Baby boleh berhenti menangis kalau tengok lihat dengan pelbagai warna yang terang dan menarik diiringi dengan lagu yang 'catchy'. Ada juga iklan yang boleh membuat kita percaya kepada produk yang di 'canang'kan seperti sabun cuci baju, produk kecantikan. Macam-macam lagilah.Tapi ada satu iklan yang membuat saya tersenyum simpul melihatnya. Pernah anda tengok iklan ini?
Situasi: dalam pejabat. Seorang lelaki poyo, kelihatan keliru, risau, sudah hati. Di tangan ada beberapa borang. Pandang sana sini. Tercari-cari. Mana yang dikatakan kawan? Pejabat tiba-tiba kosong, lengang, mana mereka? Oh lari,mereka lari sembunyi bila lihat lelaki ini. Ada yang sembunyi pada dinding (lekat, boleh ke?), ada yang sembunyi antara dua almari, ada yang jadi tiang lampu dan di mana-mana yang boleh sembunyi.....rupa-rupanya, kata iklan itu "Anda susah cari penjamin?" Kah, kah, kah...... Memang satu masalah kalau kita di 'approach' oleh seseorang untuk menjadi penjaminnya. Tak kiralah, saudara atau kawan. Nak jamin, susah, tak nak tolong pun susah juga. Serba salah. Ini hari dia, esok, manalah tau kan. Masalahnya bila time nak bayar balik, dia lari, dia tak mampu nak bayar balik. Kita penjamin yang dicari oleh pihak tertentu. Sampai ke lubang cacinglah. Nak makan angin ke luar negeri, nak buat umrah atau haji pun tak boleh. Passport kita ditahan. Memang susah cari penjamin dan menjadi penjamin.
Itulah, iklan tu .....memang kelakar.