Tingkat


Inilah dia beberapa imej mangkuk tingkat. Dari kiri, atas, bakul sia satu tingkat (dikira macam mangkuk tingkat jugalah dalam masyarakat baba nyonya). Sekarang bakul sia sebagai perhiasan atau dijadikan cenderahati. Ada yang guna bakul sia ini sebagai bekas hantaran. Kalau anda minat, bakul sia berbagai jenis ada dijual di kedai-kedai Kampung Pantai, Melaka. Murah sikit daripada kedai souvenier. Imej kedua ialah bakul berkat, anyaman rotan dua tingkat. Harga tinggi jugalah. Seterusnya mangkuk tingkat moden, plastik, comel, warna ceria! Imej ke bawah, juga bakul berkat tetapi tiga tingkat. Anyaman rotan, harga beratus. Halus anyamannya. Nak dapatkan kena tempah. Pembuatnya, orang Bukit Piatu Melaka. Bawah pula ialah imej bakul sia kecil comel, boleh isi kek kukus yang saiz kecil, sebagai cenderahati. Sebelah kirinya ialah imej mangkuk tingkat dulu-dulu, bawa nostalgia. Empat tingkat, bawa berkelah, isi lauk pauk yang menyelerakan. Akhirnya ini keluaran 'Avon' kira mangkuk tingkatlah juga. Ada macam-macam jenis lagi mangkuk tingkat, 'tupperware tingkat', ada yang stainless steel, berbunga-bunga. Sekarang orang jarang gunakan mangkuk tingkat. Nak senang guna bekas plastik (plastic bag) yang tahan panas atau styrofoam (betul ke spellingnya?). Ringkas dan cepat. Apa kesan dan akibatnya? Fikirlah!

Ini ialah imej En.........., pakar ayaman rotan di Melaka. Beliaulah yang menghasilkan bakul berkat tu. Pernah mewakili negara tau ke satu pameran antarabangsa. Beliau ada bengkel anyaman rotan di Bukit Piatu.

Posted by Picasa

9 comments:

  1. kzk nora...

    saya pun ada beli mangkuk tingkat ni..tapi beli kat Rantau Panjang...bukan saya yang pi sana..kirim saja...harga 60 ringgit..besar lah tu...saya suka pakai mangkuk tingkat ni sebab senang..sekali harung jer..kalau pakai tipuware atau lain lain leceh...so kena balik pada zzaman dolu dolu..bawak mangkuk tingkat..nak pi berkelah senang..hahaha

    ReplyDelete
  2. Ezzah dear,
    Kadang-kadang orang buat kiasan 'anaknya tersusun macam mangkuk tingkat' Yang empat tingkat tu beli kat Rantau Panjang juga.

    ReplyDelete
  3. kak...
    kiasan tu tepat ngan saya ni...berderet 8..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Hi Ezza,
    kalau macam tu, kena 2 buah mangkuk tingkat rantau panjang.

    ReplyDelete
  5. mangkuk tingkat saya cap 'tipuware' dgunakan setahun 2 kali time raya bertandang umah tokwan. hehehhe...

    ReplyDelete
  6. Dear shima,
    Baguslah tu. Tentu tokwan shima suka, cucuanda datang bawa juadah raya 'surprise!'

    ReplyDelete
  7. salam kak ...
    akak ada address dan no telefon orang yang buat rotan tue tak kak..tq

    ReplyDelete
  8. beliau en ishak kassim, adiguru kraf anyaman rotan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.