Salam Sabtu semua.
Hari ini (dan sekarang juga) selesema lagi. Agaknya makan papaya sejuk malam tadi, tak?
Anyway, seperti biasa, hari Sabtu ada kursus Haji. Jadi walaupun selesema (baru nak mula)pergi juga. Bawa bekal hand towel, tahukan untuk apa. Hari ini tajuknya ialah Tawaf. Sambil mendengar, hidung ini tersiut-siut,selang seli dengan bersin. (Teringat pesanan suami, kalau selesema jangan pergi mesjid, bila bersalam dengan jemaah, khuatir, jangkit kuman)). Jadi beralihlah tempat duduk bersandar di bahagian belakang mesjid. Mata berat pula tu. Beberapa kali tertidur tetapi telinga buka, dengar juga apa yang disampaikan oleh ustaz. Perut pula lapar. Tekak kering. Ada jamuan waktu rihat tapi malas nak keluar mesjid. Duduklah, berlunjur sambil melayani hidung. . Balik dari kursus, Nas bawa kami lunch di Taman Desa Baru. Saya belum pernah ke restoren ini, Restoren Desa Baru, berdekatan dengan sebuah Kolej Perubatan. Kedai biasa , kemas dan bersih, dan makanan nya, served macam kat hotel!! Buffet style! Pelbagai jenis lauk pauk ada, agak-agak ada 20 jenis. Saya terpegun juga. Tak tahu nak pilih. Harga pun murah ( to me lah)
My sis makan, nasi putih separuh+ ikan bawal masam manis+ goreng kacang panjang + air barli, harganya RM5.00
Nas makan, nasi putih separuh + 2 paru goreng cili + sayur nangka + goreng kacang panjang + air barli, harganya RM3.60
Saya pula, nasi putih satu (lapar beb) + ikan masak cincuan + gulai nangka+ goreng tahu + air teh o limau suam , harganya RM 5.60
Thank you sis for the lunch....puas makan di kedai yang baru 'discover'
Restoren ini tutup pada hari Jumaat, buka pada jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Ada juga jual makanan panas.
Sempat juga minta tuan punya kedai (pencen asykar, agaknya) sampaikan pujian masakan sedap kepada isterinya. Akan datang lagi ke kedai.. Try lauk lain pula!
A-cooooh, a...coooooh....terdengar jiran belakang rumah bersin. Selesema lah tu!!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.