Blue moon




Salam semua.
Kan saya dah kata saya masak once in a blue moon. So malam tadi the blue moon appeared. Cadang nak masak rendang ayam (serai kan ada), inspirasi daripada Ezzah. Tapi lecehlah, tak kuasa nak tunggu lama-lama kat dapur. Terfikir pula dah lama tak makan telur goreng cili. Selalunya masakan ini di buat waktu musim kenduri kahwin. Kan dapat banyak bunga telur. Terbiar je telur rebus itu. Jalan nak habiskan, goreng cili. Jadi, buatlah juadah in untuk lunch. Rebus telur empat butir aje. Padan dengan cili merahnya yang dah nak clearance sale!!
Cantikkan, telur rebus, digoreng, belah dua


Diserikan lagi dengan kisaran cili hidup goreng

Satu lagi masakan ini. Kepingan ikan merah import dari MsHart. Masak mudah, yang budak-budak hopefully suka, Masak Cin Cuan (dari nana aslanya tak tahulah, mungkin SzeChuan!)

Kepingan gorengan ikan merah disebatikan dengan gorengan hirisan bawang besar,bawang kecil, bawang putih, halia dan serbuk kunyit serta asam keping. Tomato tak ada. Cili padi sebagai ganti cili hidup
Iddin balik sekolah, minta kari ayam pula. Sebab itu lah tak kuasa masak!!!

4 comments:

  1. kak..saya pun suka masak cin cuan ni..ringkas jer...dulu saya tak tau masakan ringkas ni tapi bila mak tiri saya datang..dia lah yang ajar...tutup mato jer masak nya...hahaha
    Alahai Iddin...nak kari ayam pulak!!!pi tangkap ayam tu..meh acik masak kan...

    ReplyDelete
  2. Ezzah,
    Iddin makan juga masakan nek lang, masak cin cuan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.