Lepas kelas

Salam semua.
Pagi ini dan termasuk pagi-pagi Jumaat, di rumah ada kelas Loghatul al Quran (kelas bahasa Al Quran). Murid-muridnya adalah suri rumah, sahabat-sahabat kakak saya. Yang cikgunya kakak saya. Terror juga mereka! Bila baca Quran fahamlah sikit maknyanya. Jadi, lepas belajar, ada makan breakfast bersama. Murid-murid, yang sempat,bawa makanan untuk dirasa bersama-sama, ala-potluck gitu. Pagi ini, menunya ialah Mee Kari (orang di Melaka panggil Mee Rebus), kuih apam kelapa, kuih kasui, kuih seri muka dan kuih bingka. Oh ye ada kuih badak! Rupa karipap tapi dalamnya inti serunding kelapa pedas.

Mee Rebus, Kuih badak, kuih apam dan kuih kasui

Yang hijau, seri muka. Yang cokelat, bingka
Satu lagi kelas ialah pada Khamis pagi. Tapi hari Khamis no makan. Murid-murid dan cikgu puasa sunat hari Khamis. Syukur.

4 comments:

  1. Sedap nampak hidangan2 kat meja nora tu...

    ReplyDelete
  2. adoi...seri muka tu yang buat meleleh air lior kuuuuuu...........

    ReplyDelete
  3. Cg Zainab,
    Mee rebus tu best. Begitu juga kuih badak. Ada kakak di belakang rumah buatkan.

    ReplyDelete
  4. Hi Shima,
    Seri muka memang kegemaran ku.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.