Petang Rabu

Salam semua.
Malam ini malam Khamis. Apa cerita petang Rabu tadi? Layan Iddin, ("Nek Lang, you said want to call me Awok' a fan of Aril AF7,who likes shuffling!) main football (yes!), kat porch kereta. Main tendang bola untuk 30 minit. Rihat. Siap-siapkan si Awok dan Amal untuk kelas fardhu ain. Petang ni, rajin pula nak baja pokok bunga lebih-lebih lagi orkid (yang baru nak membesar) baja-baja sikit. Rendam pasu-pasu orkid dalam air baja. Layan pokok-pokok lain pula. Bila budak-budak balik kelas,

Amal : Nek Lang, boleh tak Amal nak burger.
Iddin : Iddin pun nak.

So Nek Lang tinggalkan kerja project tissue painting dan layan budak-budak tu.

Iddin : Iddin nak burger dengan dua telur mata, roti dan tomato sauce.

Dia tunjukkan cara menyediakan burger yang dia order. Dua keping roti sapu marjerin. Letak satu telur mata pada satu keping. Letak sauce. Letak pula burger. Letak sauce. Letak satu lagi telur mata. Kemudian roti yang sekeping lagi. Boleh habis ke? Oooi, tak habis, Amal yang habiskan!
Anyway, malam ini Cik Abang saya sampai. Dinner tadi di Kedai Asam Pedas Pak Haji sebelah Straits Meridian. Apa story dari Kuantan?

4 comments:

  1. cucu yang bijak-bijak gitu..
    kener bajar kurangkan ketebalan makanan..very high cholestrol tuh. ..hehhe

    ReplyDelete
  2. amboi iddin....

    telor mata sampai 2 biji...sedap tu nak oiii....

    Kak Nora...senyum jer bila baca cik abang dah balik..gi dinner makan asam pedas lagi...lomantik gitu.....

    ReplyDelete
  3. Acik,
    Budak-budak gitulah. Macam mana kita cakap, tak mau dengar. Dah tua nanti baru nak control.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.