PT vs BC

Salam semua.

Ini posting ke dua hari ini (mengalah Pat). Budak-budak di PT. So sunyi lah. Tak ada Iddin nak ajak main. Iddin suka ajak Nek Lang dia main. Katanya PT (Padang Temu) lawan BC (Bukit Cina). Kalau tak turut, merajuk dan 'temper'. Maklumlah at that age, boy, tenaga banyak dan nak berkawan, nak main. Kalau petang Isnin, Selasa, Rabu bolehlah escape sebab dia ada sekolah fardhu ain. Petang Khamis dan Jumaat, tak ada kelas,"Nek Lang lepas solat nanti main." Main pula yang guna tenaga, lari, lompat macam rounders, softball (semua Iddin's Rule), 'monkey', yalah yang perlu tenaga yang banyak. Bila main, dia mesti winner punya. Amal pula tak boleh guna banyak tenaga. Mengah dan cungap, batuk. Iddin pun suruh(paksa) dia jadi umpire. Umpire yang ini selalu berpihak pada Nek Lang. Iddin punya marah. Maka berlakulah 'argument'. Mengaku kalah si umpire ini. Bila Iddin nampak Nek Lang losing, dia lari perlahan supaya Nek Lang dapat mata (point). Bagus juga Iddin ni. Faham keadaan Nek Lang dia. Iddin suka bila dia dapat kalahkan Nek Lang. PT kalahkan BC. Hurray!!! Alhamdullillah, tulang Nek Lang masih kuat, Iddin. Agaknya ambil kalsium dan minum susu. Tapi stamina kurang. Boleh lari kira okeylah. Bagus juga Iddin ajak main lari-lari, lompat-lompat. Tak perlu ke gym. Exercise, keluar peluh. Ada reward tahu bagi winner dan loser. Winner will do homework (Agree Iddin?) Agree, was the reply. Loser will do housework. So Nek Lang, loser, kenalah buat housework. Winner pula? Penat, Nek Lang garuk, tidur........ Doakan Nek Lang sihat supaya dapat bermain dengan Iddin lagi, ya.
Nek Lang : Nenek siapa jalan terlompat-lompat?
Iddin : Nenek orang gila.
Nek Lang : Nenek si katak!
(mujur dia tak jawab Nenek Iddin!)

4 comments:

  1. kak...
    kalau lah iddin tu ada kat rumah saya...saya akan kol ms hart suruh datang cepat...pasal saya nak gi sepital..dah nak pengsan ni belari dan melompat....patah lah pinggang ku yang comel ni....

    ReplyDelete
  2. hehehe....rajin kak nora nih layan cucu..

    ReplyDelete
  3. Hi Ezza,
    Ezza boleh lose weight tau main lompat-lompat dan lari-lari tu.

    ReplyDelete
  4. Dear Acik,
    Nak buek macam mano, dah masuk pakej.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.