Tissue Painting Part 3

Salam semua.


Khas buat Vimmyasmin dan Kak Ezzah (dan juga yang berminat). Berikut ialah cara-cara membuat 'tissue painting'. As promised. Tunjukcara on line, okey? Yang saya tunjuk ini ialah 'tissue panting' atas pinggan.

Langkah-langkahnya:

1.Sediakan pinggan plain (porcelain atau melamine. Cg suka yang porcelain), kertas tissue ( bukan tissue muka ye) atau serviette yang bercorak (berbunga, gambar fruits, itik, burung, kupu-kupu) dan berwarna menawan (pastikan tak luntur warnanya), gunting, gam dan sedikit air, berus, gunting, glass outliner dan paint spray.







2.Fikirkan bagaimana bentuk atau lakaran gubahan anda nanti, samada nak tegak ke, bentuk C, lurus, tepi-tepi pinggan, tengah...... ikut kreativiti anda. Ada yang suka susun sebelah tepi, one side only, konon-kononnya nanti nak letak gambar sebelah di tepi sebelah lagi. Ikutlah, fikirlah sendiri.



3. Pilih gambar atau corak yang anda suka daripada serviette tadi.



4. Gunting gambar atau corak-corak tadi. Tak semesti gunting betul-betul di tepi corak tetapi tolong gunting dengan kemas. Jangan pula gunting sepenuhnya corak tadi dan tampal semula pada pinggan. No!No! No! Pilih ye.







5. Susun atur guntingan corak di atas pinggan, ikut kreativiti anda, seperti langkah 2.
Ingat guntingan corak tadi mesti bersambungan antara satu sama lain bila anda susun. Jangan pula overlap (teroverlap sikt tak apa). Mesti ada fokus!





Fokus di susunan ini ialah buah ceri merah di tengah-tengah.







Fokus di sini ialah kupu-kupu. Susunan bentuk C





Susunan bentuk tegak

6. Tanggalkan lapisan-lapisan kertas pada corak,( ada dua lapisan kertas perlu di tanggalkan). Dapatkan yang nipis iaitu corak asal. Buat satu persatu. Maksudnya, satu guntingan, satu guntingan . Jangan tanggalkan semua sekali.











7. Letakkan guntingan corak tadi atas pinggan ikut aturan langkah 5 (kadang-kadang terubah , tak mengapa). Sambil itu basahklan dengan gam yang telah dicampur dengan sedikit air. Gunakan berus. Jangan gunakan air sahaja, nanti kalau kering, guntingan corak itu akan tanggal dan terbang melayang.




Jalankan proses ini hingga selesai lakaran tampalan anda menjadi bentuk yang anda ingini. Proses tampalan gam dan air mesti 3 kali pusingan Biar kering dulu setiap pusingan, baru lakukan pusingan kedua dan ketiga.



Ingat, jangan ada 'bubble' (berbelon) atas corak yang telah di gam tadi. Gunakan berus tadi, mula dari tengah dan 'dab' (BI macam cicah, mengelap cara melompat) ketepi nak hilangkan angin, jangan seret berus nanti corak koyak sebab basah.







8. Siap.......biar kering 100%. Nak cepat? Gunalah hair dryer!








9. Ambil glass outliner dan highlight bahagian tertentu. Biar kering. Tak nak highlight pun boleh. Ikut suka masing-masing. Gold or silver outliner, mana-mana boleh. Tapi jangan guna yang macam pen artliner tu, tak timbul dan tak menarik.







Corak ini telah di highlight kan.






Bandingkan!



10 Spray dengan paint spray untuk kilat dan tahan. Spray 3 kali. Biar kering secukupnya.

OOoooooooppppssss belum ada imej lagi, belum siap dah. Lain episode pula ye.

Oh yes, pinggan yang berbunga tu hasil sifu saya , Puterihanglipoh.

Yang saya punya, bermotif buah ceri.....belum siap lagi.

Orite. Vimmy dan Kak Ezzah ada faham???? Ada soalan??? Sila tanya ye...


Kami buat aktiviti semalam, hari Ahad...4 jam baru siap. Kena tutup kipas dan pintu, takut guntingan terbang.


Sekarang ini jubin sinki bilik pun dah dihiasi dengan tissue painting!
Anda boleh hasilkan craft ini sebagai cenderahati kepada sahabat-sahabat. Nak berniaga pun boleh!

Episode ini akan bersambung .TUNGGU.............

4 comments:

  1. cikgu

    tengah menghayati.
    termasuk anak saya yg 13 tahun ni.

    sangat sangat menghayati satu persatu!

    TQ cikgu.

    menunggu yg seterusnya!

    ReplyDelete
  2. kat mana nak beli kertas serviette yang bergambar tu? Ada jual kat pasaraya ke?

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Ezzah pergi kat Parkson, Isetan, SSF.

    ReplyDelete
  4. Vy,
    Menghayati satu hal, nanti cuba buat okey. Cg dah tunjuk langkah-langkah dan beri tips. Buat kat piring sauce dulu, satu kuntum bunga, sebagai permulaan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.