Seperti baru!

Salam semua.
Hari ini hari 'cleaner' sperti yang dirancangkan. Saya minta bantuan jiran terdekat saya, Suri, untuk cuci kaca tingkap dan bersihkan kipas siling. Suri, seperti namanya, seorang suri rumah tangga, telah membuat hati kami gembira. Ingatkan dia lap cermin tingkap aje. Dia bersihkan segala habuk yang berlonggok di tepi-tepi tingkap dan di lubang-lubang. Hidung dia, tak bersin 'achum' pun. Kipas pun begitu juga, dilap kasi bersih. Lihatlah hasil kerja beliau. Oh ya, Suri ada assisstants....anak-anak....untuk bantu ambil air, ambil kain lap, ambil penyapu, emak panjat tangga, mana larat turun naik tangga. Memang cemerlang kerja Suri. Kami puas hati. Kalau macamni kerjanya, boleh diberi pekerja cemerlang. Terima kasih Suri, kami perlu bantuan anda lagi.
Kipas bersih seperti baru. Sekarang, ligatlah pusingan kipas sebab dah ringan!

Suri and co. buat cleaning, saya pula layan ini.

Ada yang berminat?

6 comments:

  1. bagus nya jiran akak ni..mana nak cari orang macam ni kat sini ya...indon pun berkira!


    WOO ..cantik tu..saya belum mula lagi kak..tunggu blue moon baru beli barang2 tisu painting ni.....hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh...rumah sudah spt baru gitu..
    bru lah tk ada aaacchhhhuumm lgi kan...

    ReplyDelete
  3. Dear Ezzah,
    Hidup di kampung begitulah. Bila dalam kesusahan, minta tolong jiran. Hati mau baik, muulut mau manis, be.

    ReplyDelete
  4. Dear Acik,
    Achuuum. tetap achuuuuum!

    ReplyDelete
  5. Cikgu

    SURI mcm nama anak bongsu saya
    Nur Wardhia Suri Qistina
    (SURI - nama naka Tom Cruise)
    hahahahahaha

    dia mmg amik upah cuci rumah ke cikgu?
    satu famili ?

    ReplyDelete
  6. Vy,
    Tak, cg minta tolong. Famili dia biasa kat rumah kami.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.