Dah kemas dah!

Salam semua.
Saya baru siap 'berkebun'. Tak lah berkebun macam kebun pak awang tu, tapi mengemaskan semak samun sudut tanaman serai di belakang rumah. Tak pula saya ambil gambar asalnya. Semak! Kalau ada bibik dulu dialah yang membersihkannya. Di sudut tersebut ada tanaman pokok daun pandan dan 3 rumpun tanaman serai dan ada pokok yang tak tau namanya. Pokok membelit liar(tak tahu namanya juga ) yang tak ada hasilnya tu sudah membelit pagar dan menjalar serta menceroboh, 'belit-belit pinggang' pokok serai dan pandan. Rumput dah menjalar je longkang. Ini tak boleh jadi. Tak kemas langsung, semak mata memandang, berserabut kepala. Daun serai pula sudah panjang mengurai. Selalu trim tapi kejap benar panjangnya. Setelah siap menyapu daun-daun kering berguguran di laman, saya set mind nak kemas sudut serai pula. Eloknya, saya cabut semua rumpun pokok serai. Banyak sangat. Banyak serai yang mati, kering. Di rumah pun tak guna sebab kita jarang-jarang masak (once in a blue moon aje).
Ini lah hasilnya. Dah kemas dah. Sedap mata memandang. Tinggal pokok daun pandan aje. Rumput panjang tunggu Pak Jalil potong. Nah, ini dia hasil tanaman serai. Nanti nak tanam semula, on a smaller scale. Tanam untuk buat rendang dan serunding kelapa untuk raya nanti!
Bila dah penat, ambil pula breakfast ini, cornflakes bersama sliced peach dengan susu rendah lemak, sandwich telur mata (kerbau/ sapi?) dan hirisan mangga. Kenyang. Alhamdulliah! Nanti hujung minggu ini nak bersih cermin tingkap serta kipas siling dalam rumah. Dah berabuk tebal dah!!! Tapi perlu ada pembantu, siapa nak jadi cleaner????? HELP!!!

6 comments:

  1. saya ni bab kemas habuk ni mintak ampun laaah...kang bila dah mula achem achem kang susah...hahaha tapi bab masak rendang tu okay laa....bila boleh datang ni....

    ReplyDelete
  2. Hi Ezzah,
    Akak pun achum3 semasa kemas rumpun serai,siap sangkut tuala kecil kat bahu, senang nak bersihkan hidung. Sila,sila,sila...bila,bila, bila....

    ReplyDelete
  3. kak buatlah taman herba kat belakang tu...lawan sama itu datin seri jane..

    ReplyDelete
  4. Dear Shima,
    Mana boleh lawan dia. Dia supervise aje.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.