Salam semua.
Dah lama tak ke gym. Rasa badan ini lemah dan berat aje. Sejak pihak pengurusan Ladylike Gym ubah time 'open' ke 12.00 th, susah sikit saya nak ke sana. Sebab? Satu suasana panas (gym ni tak air cond pun, kipas je tetapi tingkap banyak). Kedua, jam 12.00 kiranya dah lewat (saya suka exercise pagi). Ketiga, time tu dah nak hampir budak-budak kat rumah ni balik sekolah. Terkejar-kejar pula. Happy bila Nadiah (girl yang supervise kat gym Ladylike)called "mula Isnin, gym mula jam 10.00 pagi. nanti Cg datang ye." Sebabnya, ramai pengguna gym complain masa yang tak sesuai bila mula 12.00 th. Walaupun saya ada tai chi dan aktiviti panas-panaskan badan dengan kumpula warga mas setiap pagi Isnin dan Selasa, pergi ke gym tu sudah semestinya dalam jadual harian saya. Pagi tadi start lah program workout saya. Gembira dapat berjalan di treadmill, cycle di basikal yang tak bergerak tu, buat toning muscle. Dan bila timbang...amboi...naik dah 1 kg. Hei, tak boleh jadi, mesti maintain original weight! So rajin-rajin lah ye ke gym (dan jaga pemakanan!!!). Tapi macam mana ye, di bawah gym ada pula kedai kek!!!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.