Sarapan

Salam semua.
Selepas tai chi pagi tadi Kak Saripah bawa kami sarapan. Sarapan d mana? Kak Pah nak belanja kami di kedai ala arab-mamak di Kompleks Mesjid al Azim. First time saya ke sana. Apa yang ada? Pada cermin depan kedai tercatat senarai bermacam-macam jenis capati, tosai, nasi baryani, roti canai, murtabak dan lagi, dan lagi. Saya makan tosai bawang. Sedap juga....warm and still crispy, panas dan garing. Ada juga disediakan vadai ,tapi saya tak sukalah. Tak ori rasanya sebab kata yang mahir buat vadai (dalam kumpulan kami tulah) doughnya campuran tepung. Saya tak fahamlah tepung apa. Oleh kerana first time ke sana, mata ni liar pandang sekeliling. Berasap! Ah? Macam di kayangan ke? Bukan , ruang makannya berasap yang datang daripada ruang masak yang ada di satu sudut kedai itu. Jadi bila tukang masaknya buat tosai ke, capati ke, roti canai ke, asap 'bersepahlah' di ruang makan. Sepatutnya (semestinya!) ada suction fan atau ventilation fan. Ada satu tapi salah tempat, jauh daripada ruang masak. Jadi bila kami habis makan dan keluar, terlekat bau asap di baju. Patutlah pengunjungnya pilih makan di luar kedai....berangin. Oh, dah kenyang ni tak jadilah nak buat jemput-jemput bawang. Cadangan balik tai chi nak buat jemput-jemput bawang cicah masak lada ikan tenggiri, lebihan semalam. Petang ni pula ada kakak yang baik hati nak bekalkan Nasi Baryani Ayam. Alhamdulillah.
Untuk makluman saya suka satu saluran baru di Astro, RTM Muzik Aktif Ch 180. Sambil blog dengar lagu dan menjeling- jeling video clipnya.

Satu lagi...dah nonton TALENTIME??? Pergilah tengok kalau belum, Yasmin memang hebat!!!

4 comments:

  1. yasmin is great. previous films r MARVELLOUS but tiz one really not my type of coffee :)

    ReplyDelete
  2. kak Nora..nak tanya sikit boleh tak..

    Saya ni heran lah..sekejap akak kat kuantan,sekejap kat melaka..kat mana satu akak tinggal ni..saya keliru laa

    ReplyDelete
  3. Ezza,
    Jangan susah-susah hati peningkan kepala ezzah. Akak ni ada dua tempat tinggal..satu di kuantan, rumah akak. Satu di Melaka, rumah tua (famili). Bila rindu Kuantan, balik kuantan, bila rindu melaka, balik melaka. Dah bersara, jalan-jalanlah, makan angin, tukar udara.

    ReplyDelete
  4. Lan,
    Maybe ramai orang 'kita' tak suka..ada suka kopi tarik, ada suka kopi o, ada suka kopi o beng. But i like, ada situasi sekolah berbagai murid dan talent kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.