Saya berjanji pada diri sendiri, hanya 2 pasu orkid satu bulan. Kalau satu tahun, dah 24, eeh banyak tu. Tapi apa dah jadi? Sebaik saje nak naik escalator (pasar besar Melaka ada escalator) ke tingkat satu untuk breakfast, hatiku tergoda. Mana tidaknya, Talib (penjual pokok bunga, bukan tergoda dengan Talib tau)) sedang menyusun semaian pokok orkid. 'Jenis orkid hutan. Susah nak dapat' were the 'godaan' words. Ahad lalu dah dapat dua pasu, hai, Ahad ini nak beli lagi ke? Ingat, janji, bulan depan je (kata hati kecil) Kan ni dah bulan depan. Minggu lalu Februari, ni Mac. Tak kira SE minggu tu. Kata Melati (isteri Talib)"Kalau dah suka, beli aje kak." Macam meminang pula bunyinya. Minggu depan, kena tutup mata bila lalu kat sini.
Mana tak tergodakan ? You tengoklah sendiri. Kali ni beli 3. Dah lebih kuota. Sebab yang satu ni (last image) very special, bunganya unik dan pasunya antik. Malam berbau, kata Talib. Biar betul!
Projek hari ini. Ke nurseri. Beli arang dan pasu orkid serta baja dan racun serangga. Balik. Pecah pasu-pasu orkid lama, yang hidup segan, mati tak mau tu, tanam semula dan spray dengan campuran baja dan racun. Kan dah banyak pokok orkid ku?
Mesti tumbuh segar dan berbunga, ya orkid.
Tanya harga pondok orkid. Ooooops....Belum boleh lagi. Kena survey tempat lain dulu. Sabarin.
Boleh saya buat ramalan? Setahun dari sekarang, kalau dibelai dgn kasih sayang & baja serta air yg cukup, akan keluarlah bunganya! Pengalaman sendiri: lebih berbaloi beli yg sudah berbunga. Namun, jangan pesimistik, kan?
ReplyDeleteTemuk,
ReplyDeleteMemang saya beli yang dah berbunga supaya semangat berkobar. Yang peninggalan lama tu saya overhaul. InsyaAllah nasihat Temuk saya ikuti. Terima kasih.
Salam kak nora,
ReplyDeleteMelompat dari blog acik lupekanje. Hem, tengok pokok2 tu tingat ayah saya kat Melaka. Dia mang peminat orkid..tak kira lah orkid bandar atau orkid hutan. Dia sanggup upah orang panjat pokok semata-mata nak dapatkan orkid liar yg tumbuh atas pokok. Sentuhan dia sentiasa menjadi jer. Kak Nora tinggal kat Bukit Sekilau ker? Dulu saya pernah dok kejap kat area tu..dalam seminggu jer, masa tu daftar kat UiTM kampus sana. Kejap jer pastu saya mintak transfer ke Melaka.
MasNurin,
ReplyDeleteTK kerana sudi singgah rumah saya. Ya, saya sekejap Bkt Sekilau, sekejap Melaka.Kalau dah minat tu, buat apa saje. Tapi saya kena control, sebab banyak belanja hobi orkid ini, maklumlah dan bersara.Ayah Mas tentu 'green fingers' sejuk.