Hari yang sibuk

Salam semua.
Sabtu. Hari ini agak busy sikit. Bukan busy buat kerja. Tapi busy jadi busy body.
First, ikut kakak attend Kursus Haji di Bukit Katil.Sepatutnya jadual hari ini ke gym. I have a choice: gym? kursus haji? Buat check and balance. Gym boleh reprogramme ke sebelah petang. Kursus Haji, 'hadir kursus haji juga dikira sebagai pengorbanan dalam mempertingkatkan ilmu' petikan daripada buku panduan Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah Madina. Rasa hati ke kursus haji. Syukurlah, dapat ingat kembali dan dapat pengetahuan terkini daripada penceramah. Oh ya, penceramah kata kalau mengantuk, just tap the right side of your face focus pada sebelah mata dan atas pipi kanan. Gunakan jejari anda. InsyaAllah, akan segar.
Kemudian, lepas kursus, tuju ke jemputan majlis perkahwinan di Bukit Palah. Anak perempuan rakan tai chi, ma. Yang menjadi 'transformasi'nya di majlis ini ialah penggunaan pinggan dan gelas kertas, macam party gitu. Senang, tak perlu susah-susah cuci dan tak ada problem pinggan atau gelas pecah. First time lah attend majlis macam ini. Makan banyak( nasi masih panas) sebab kelaparan. Pengantin perempuan nampaknya ada ganti-ganti pakaian bagai. Orang Melaka katakan.
Third project. Selepas solat zohor, bersama kakak, kak Wan dan Kak Timah, drove to Nyalas. Jauh juga lah, dekat 1 jam perjalanan. Tujuan: beri support kepada ahli LKPI sana, ada mesyuarat agong. Kesihan organizer. Banyak kena 'transform'. Anyway, mereka telah berusaha. BTW, I'm not a member yet, jadi volunteer aje. Busybody kan.
Finally, sebelum sampai rumah, Kak Fatimah Abu, belanja dinner di Botanical cafe, Air Keroh. Saya ordered Curry Laksa, sedap tapi tak habis, sebab, pedas dan banyak pula satu mangkok tu.
Sorry, no pictures sebab UBS rosak. Tak dapat download gambar.
Oh esok, Ahad, ada lagi jemputan.
Rihat masaklah nampaknya.

4 comments:

  1. gantung kuali eekk kak nora...hehe..acik arini gi house warming kawan baik kat semban...rindu sangat kat dia..lama tk jumpa. sebab tu terima gak jemputan dia...

    ReplyDelete
  2. Khas Untuk Cikgu Tersayang

    sekolah menengah tengku afzan
    kami pelajar bersumpah setia
    usaha sejati kami curahkan
    moga moga sentiasa berjaya

    semangat minat tekun dan azam
    itulah ikrar kami semua
    kami pelajar akan selaraskan
    bersatu dan berkerja sama

    kami berdoa ke hadrat illahi
    agar terus maju kehadapan
    kami belajar akan berdikari
    menghadapi segala rintangan


    kami ramai ramai nyanyi lagu nu masa lepak lepak reramai hari tuh!
    Rasa nak nangis!

    ReplyDelete
  3. Vy,
    Patutlah terngiang-ngiang, sayup-sayup, dengar lagu you all nyanyi masa lepak tu. Actually pada masa cg HM kat sana ada protem commitee Old Girls' Afzan. Tapi setahun aje. Tak bergerak, lalu...tahuje lah!

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Hari ini ada 2 jemputan. Kenyang dan mengantuk....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.