Merpati lagi

Tak sudah-sudah. Bosan. Merpati lagi. Bila buka dapur ke belakang rumah, swoooooosh,bunyi sayap merpati terbang. Terbang ke bumbung jiran belakang. Jiran sebelah masih tabur sisa makanan di halaman belakang rumah. Mana tidak merpati suka tempat ini? Rezeki senang. Saya masih lagi hampir setiap hari cuci dan berus dan sental kotoran yang ditinggalkan. Kami kurang senang dengan keadaan ini. Hama burung lagi! Saya dah maklum sekali kepada jiran satu masa dulu dengan harapan diberi perhatian. Sekarang JY sedang berusaha memasang 'netting' kat bahagian atas tiang, tempat hinggap. Tengoklah hasilnya nanti. Harap-harap  orang sebelah rumah faham-fahamlah bila nampak netting tersebut. Entahlah, serba salah!

4 comments:

  1. kak nora,payah nak halau burung kalau ada org masih bagi makan...

    kak,sabtu ni kami ada makcik blogger meeting di shah alam. hope kan join with ms hart ok..i tried to contact her but failed. akak tlg cakap ngan dia ya!

    ReplyDelete
  2. Simpati saya. Agak yakin kalau tak ada taburan makanan, para burung akan berhijrah. Memang "berat" nak buat, tapi kena jugalah nampaknya sound kat jiran tu. Agaknya pahala bagi makan burung jauh melebihi dosa susahkan jiran, ye? Alahai .... Hope the netting trick will work. Salam.

    ReplyDelete
  3. Ezzah,
    Alahai, maaflah lambat beri reply, tapi tahu dah. Makcik blogger ada, Kak Cik Blogger ada, Granny Blogger out of placelah. Terima kasih atas pelawaan, Ezzah.

    ReplyDelete
  4. En Temuk,
    Yes, the netting worked. Kecoh merpati petang tu. Nak buat macam mana, jiran kesihan pada burung-burung tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.