Kisahnya

Kalau anda ke Bandar Melaka, hendak tak anda naik beca seperti ini? Macam taman bunga, dan jika anda naik, seolah-olah macam puteri di taman bunga. Dulu beca Melaka tak macam ni, plain aje. Sekarang macam inilah, ada pula lampu lip lop, ada radio atau CD player.Perkenalkan Hanafi. Beliau ialah salah seorang penarik beca yang 'bertindak' juga ala pemandu pelancong di Bandaraya Melaka ini. Rupanya Hanafi tinggal beberapa buah rumah di belakang rumah kami di BC. Saya tak tahu. Marah Hanafi, katanya orang kampung sendiri pun tak tahu. Hanafi, akak kan kejap di Melaka, kejap di Kuantan..Manalah akak tahu. Isterinya juga penarik beca, khas untuk pelancong juga. Patutlah saya selalu nampak seorang wanita (around early 30's?)setiap pagi dengan pakaian 'rugged' ber'cap' dan ber'sun glasses'. Terdetik di hati ni "Hish, rangginya dia". So rasa ingin tahu (kay po) tu terjawab bila saya tanya Mak Besau. 'Dia tarik beca' kata Mak Besau. Kalau orang kampung like Mak Besau nak ke bandar, Yati ni lah akan bawa.' Oh kisahnya! Ya, satu-satunya penarik beca wanita di Melaka! Sorry, belum ada gambar Yati lagi. Next time lah, okey.
P.S. Kalau tak tarik beca, Hanafi kerjanya sebagai tukang baiki kasut. Macam cerita P.Ramlee, 'Penarik Beca' dan 'Sabaruddin Tukang Kasut'. Gambar-gambar Hanafi diambil di hadapan rumah akak di BC. Ceria beca, seceria tuannya!

5 comments:

  1. salam... ziarah..

    tentu best naik beca..warisan pengangkutan yang semakin ditelan zaman...

    ReplyDelete
  2. salam..izinkan saya link dengan blog anda..

    ReplyDelete
  3. kak Nora,

    kalau saya la..saya tak naik beca berbunga bunga ni kak..suka yang stail lama tu,baru la klasik sikit...tapi rasa nya tukang beca ni pun tak mau ambik saya naik...mampuih dia nak mengayuh tu..hahahah

    ReplyDelete
  4. sirNik,
    Ya, beca di Melaka masih gah, tinggal lagi di "make up'kan sebagai tarikan pelancong. Yang tak berhias boleh sudah nak jumpa, kalau ada untuk bawa makcik-makcik ke pasar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.